Skip to main content

Sukan

FIA sahkan portal pelumba F1 digodam

Anggaran Waktu Membaca:
FIA sahkan portal pelumba F1 digodam

Bendera dengan logo Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). (Gambar: Reuters)

MEXICO CITY: Badan induk Formula One (F1), Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan bahawa portal pemandu yang dikendalikannya digodam awal tahun ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jurucakap FIA mengesahkan perkara itu di luar Grand Prix Mexico, selepas penggodam sebelum ini mendedahkan pelanggaran keselamatan itu di media sosial.

Kumpulan penggodam berkenaan mendakwa anggotanya merupakan peminat F1 dan tidak mempunyai niat jahat, sebaliknya hanya mahu menunjukkan kelemahan sistem keselamatan laman itu.

“FIA menyedari insiden siber yang melibatkan laman web Klasifikasi Pemandu FIA pada musim panas lalu. Langkah segera telah diambil bagi melindungi data para pemandu,” menurut kenyataan FIA.

Antara maklumat yang berpotensi diakses termasuk data pasport milik juara dunia F1, Max Verstappen, namun laporan media menyatakan penggodam tidak melihat atau menyimpan sebarang maklumat sensitif sebelum menghentikan tindakan mereka.

FIA turut memaklumkan bahawa kumpulan penggodam itu memberitahu pihaknya mengenai kelemahan keselamatan berkenaan pada awal Jun. 

Portal itu terus ditutup serta diperbaiki dengan kerjasama kumpulan itu bagi mengelakkan serangan siber berulang.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita