Skip to main content

Sukan

Festival sukan GetActive! Singapore kembali Ogos

Festival tahunan GetActive! Singapore akan kembali Ogos ini bagi meraikan warisan kesukanan negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Festival sukan GetActive! Singapore kembali Ogos

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 10:00PM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 10:07PM

SINGAPURA: Festival tahunan GetActive! Singapore akan kembali Ogos ini bagi meraikan warisan kesukanan negara.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperingati Dwiabad Singapura tahun ini.

Sebagai mengiktiraf Generasi Merdeka, festival sukan ikonik pada tahun-tahun 1960an Pesta Sukan akan dihidupkan semula.

Acara-acara sukan lain seperti acara bot naga dan berkayuh basikal juga akan ditampilkan.

Satu daya usaha dipanggil YouthCreates juga akan diselitkan dalam festival yang berlangsung selama seminggu itu dari 1 Ogos hingga 10 Ogos.

Menerusi YouthCreates, para penuntut politeknik dan universiti boleh menyumbangkan idea mereka bagaimana untuk membuat kesan yang positif terhadap masyarakat melalui sukan.

Saranan yang berjaya akan menerima hadiah wang tunai dan sokongan geran sehingga S$50,000 dan akan disampaikan semasa sambutan Hari Kebangsaan nanti.

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita