Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Feng Tianwei rakyat S'pura pertama raih anugerah atlit cemerlang Sukan Komanwel 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Feng Tianwei rakyat S'pura pertama raih anugerah atlit cemerlang Sukan Komanwel 2022

Atlit tenis meja Singapura Feng Tianwei menerima sebuah pengiktirafan di majlis penutup Sukan Komanwel di Stadium Alexander di Birmingham pada 8 Ogos. (Gambar: Sport Singapore/FACTSTORY)

SINGAPURA: Selepas merangkul tiga pingat emas di Birmingham, Feng Tianwei menerima satu lagi pengiktirafan pada Isnin (8 Ogos) - menjadi warga Singapura pertama untuk memenangi anugerah atlit cemerlang di Sukan Komanwel.

Bahkan, beliau juga merupakan atlit tenis meja yang pertama meraih anugerah tersebut.

Dikenali sebagai Anugerah David Dixon, ia diberikan kepada atlit Sukan Komanwel yang menonjolkan "tahap prestasi yang luar biasa, komitmen serta bersikap adil tatkala perlawanan".

Anugerah itu dinamakan sempena mantan setiausaha kehormat Persekutuan Sukan Komanwel dan ia pertama kali disampaikan pada 2002 di Manchester.

Antara penerima anugerah tersebut sebelum ini termasuk perenang Natalie du Toit (dari Korea Selatan), atlit penembak Samaresh Jung (dari India), atlit gimnastik Francesca Jones (dari Wales), atlit padang dan balapan Trecia Smith (dari Jamaica) serta atlit angkat berat David Liti (dari New Zealand).

Selepas menerima anugerah berprestij itu di majlis penutup Sukan Komanwel, Feng memberi kata-kata penghargaan kepad Persekutuan Sukan Komanwel atas pengiktirafan tersebut dan menganggap kemenangannya sebagai "suatu yang tidak pernah diimpikan".

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel Louise Martin, yang menyampaikan anugerah kepada Feng di majlis itu, berkata: "Di setiap temasya Sukan, seorang atlit yang mencatatkan prestasi luar biasa dan menonjolkan sikap berlaku adil dalam perlawanan serta bekerja secara berpasukan dipilih... Di Sukan ini, beliau (Feng) bukan sahaja memenuhi jangkaan malah juga memimpin pasukannya."

Encik Martin menambah Feng membawa "pengalaman dan kestabilan kepada atlit muda yang sedang meningkat naik".

Feng merupakan atlit Singapura yang paling berjaya di Sukan Komanwel, dengan pungutan 13 pingat secara keseluruhannya sepanjang tahun-tahun lalu.

Di Birmingham, beliau menyumbang pingat emas bagi acara-acara pasukan wanita, perseorangan serta regu.

Kesemu sekali, Singapura membawa pulang 12 pingat di Sukan Komanwel 2022, teridir daripada empat emas, empat perak dan empat gangsa daripada acara-acara sukan tenis meja, badminton serta renang.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan