Skip to main content

Sukan

Feng Tianwei dinobat Olahragawati Terbaik 2023; Sheik Farhan pula Olahragawan Terbaik

Anggaran Waktu Membaca:
Feng Tianwei dinobat  Olahragawati Terbaik 2023; Sheik Farhan pula Olahragawan Terbaik

Pemain tenis meja Feng Tianwei (kiri) dan pesilat negara Sheik Farhan bergambar setelah masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terbaik 2023 di Hotel Orchard pada 23 Ogos 2023. (Gambar: SNOC/Kong Chong Yew)

Diterbitkan : 24 Aug 2023 11:41AM
SINGAPURA: Pesilat Singapura Sheik Farhan dan pemain tenis meja negara Feng Tianwei masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terbaik 2023 pada Rabu (23 Ogos).

Mereka berdua adalah antara pemenang Anugerah Sukan Singapura 2023, yang diadakan di Hotel Orchard pada petang Rabu (23 Ogos) untuk meraikan dan mengiktiraf pencapaian atlit tanah air.

Feng, atlit Singapura yang paling banyak meraih pingat Sukan Olimpik, menggondol tiga pingat emas di Sukan Komanwel tahun lalu, menjadikan pungutan pingatnya sebanyak 13, sekali gus mengatasi rekod kutipan 10 pingat yang diraih bekas pemain tenis meja negara, Li Jiawei.

Feng sedang memburu ijazah sarjana dalam jurusan pengurusan industri sukan di Universiti Peking, Beijing dan bekerja secara sambilan di kumpulan pembangunan sukan Sport Singapore.

Pemenang Olahragawan Terbaik, Sheik Farhan merangkul pingat emas bagi Singapura di Sukan SEA ke-31 di Hanoi tahun lalu. Beliau juga merupakan juara dunia sebanyak tiga kali.

Atlit sukan luncur air 'kite foil' Maxzimilian Maeder yang meraih pingat emas di Kejohanan Sukan Layar Dunia minggu lalu, dinobat Olahragawan Muda Terbaik. Manakala, pemain boling Colleen Pee dinobatkan sebagai Olahragawati Muda Terbaik.
Related article image
Pemain boling Colleen Pee bergambar setelah dinobatkan sebagai Olahragawati Muda Terbaik pada 23 Ogos 2023. (Gambar: SNOC/Kong Chong Yew)
"Tahun ini kami meraikan kecemerlangan dalam pelbagai cabang sukan. Para finalis termasuk atlit dan pasukan yang telah beraksi di Sukan SEA, Sukan Komanwel, kejohanan serantau dan dunia,” kata pengerusi jawatankuasa penganjur Anugerah Sukan Singapura 2023 Lawrence Leow sebelum majlis anugerah itu bermula.

Pemenang-pemenang lain termasuk ketua jurulatih pasukan renang Singapura Gary Tan, yang memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik.

Anugerah Pasukan Terbaik (Acara) jatuh ke tangan pasukan badminton regu campuran Terry Hee dan Jessica Tan Wei Han, yang memenangi pingat emas di Sukan Komanwel di Birmingham. Manakala, Anugerah Pasukan Terbaik (Sukan Berpasukan) dimenangi oleh pasukan wanita Tchoukball.

Anugerah Pasukan Muda Terbaik (Sukan Berpasukan) diberikan kepada pasukan hoki ais lelaki bawah 17 tahun, sementara Anugerah Pasukan Muda Terbaik (Acara) dimenangi oleh pasukan boling Colleen Pee dan Arianne Tay Kai Lin, yang bertanding di acara regu wanita di Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun IBF.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita