Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Feng Tianwei bawa pulang pingat emas; kalahkan Zeng Jian di peringkat akhir tenis meja Sukan Komanwel

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemain tenis meja Singapura Feng Tianwei mengalahkan rakan sepasukannya Zhen Jian untuk membawa pulang pingat emas pada Ahad (7 Ogos). Ini selepas Feng menewaskan rakan senegaranya itu di peringkat akhir tenis meja wanita Sukan Komanwel 2022. 

Pemain nombor 16 dunia Feng Tianwei bangkit daripada ketinggalan tiga set untuk mengalahkan Zeng 4-3 dalam perlawanan akhir yang menyaksikan kedua-dua pemain Singapura berentap untuk merebut pingat emas.

Zeng memulakan permainan dengan hebat, memenangi set pertama 11-6. Beliau kemudian memenangi set kedua 11-5. 

Dalam set ketiga, Feng memperlihatkan prestasi yang hebat tetapi Zeng terbukti terlalu kuat dan mengalahkan Feng 11-8. 

Feng bagaimanapun berjaya memenangi set keempat 11-4, sebelum merampas set kelima 11-6 dan set keenam 11-8. 

Dalam set penentu, persaingan antara kedua-dua atlit sengit, sebelum Feng mendahului 11-5. 

Peluang Singapura untuk merangkul pingat emas kedua Sukan Komanwel terjamin setelah kedua-dua Feng dan Zeng memenangi perlawanan peringkat separuh akhir masing-masing pada Sabtu (6 Ogos). 

Feng menundukkan Sreeja Akula dari India 4-3 (11-6, 8-11, 6-11, 11-9, 8-11, 12-10), manakala Zeng pula mengalahkan pemain Australia Liu Yangzi 4-2 (11-7, 9-11, 12-10, 11-4, 11-6, 11-9).

Ini merupakan pingat emas kedua Singapura bagi Sukan Komanwel 2022 setelah pasukan tenis meja wanita mengalahkan Malaysia 3-0 untuk merangkul pingat emas pertama Singapura minggu ini. 

Sejauh ini, Singapura berhasil merangkul tujuh pingat Sukan Komanwell 2022, dengan dua emas, empat perak dan satu gangsa. 

Anda boleh ikuti acara-acara Sukan Komanwel secara langsung di meWATCH atau sedutannya melalui saluran Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan