Feng Tian Wei tidak akan turun gelanggang Sukan SEA; 2 pemain baru diserapkan
SINGAPURA: Pemain terkenal tenis meja wanita Singapura, Feng Tian Wei tidak akan bertanding dalam Sukan SEA di Vietnam bulan depan.
Ia merintis jalan bagi dua muka baru untuk membuat penampilan sulung dalam kejohanan itu.
Pasukan tenis meja wanita Singapura seramai 10 orang akan bertanding dalam tujuh acara di Hanoi nanti.
Ia diketuai Lin Ye yang akan cuba mempertahankan kejuaraan dalam acara perseorangan.
Belum ada sasaran pingat yang ditetapkan untuk dimenangi pasukan tenis meja Singapura.
Namun para pemain menegaskan mereka akan melakukan yang terbaik.
Pasukan wanita Singapura bakal mempertahankan dua pingat emas Sukan SEA.
Mereka dijangka mendapat saingan sengit dari Thailand dan negara tuan rumah Vietnam.
Para penonton boleh menyaksikan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.