Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Federer jadi juara ATP buat kali ke-100

Bintang tenis Switzerland, Roger Federer, berjaya menjadi juara ATP buat kali ke-100 setelah mengalahkan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas, dalam perlawanan akhir Kejohanan Tenis Dubai pada Sabtu (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Federer jadi juara ATP buat kali ke-100

Roger Federer kini lelaki kedua dalam sejarah yang berjaya menjuarai ATP 100 kali. (Gambar: Ahmed Jadallah/Reuters)

Diterbitkan : 03 Mar 2019 08:00PM Dikemas Kini : 03 Mar 2019 08:02PM

DUBAI: Bintang tenis Switzerland, Roger Federer, berjaya menjadi juara ATP buat kali ke-100 setelah mengalahkan pemain Greece, Stefanos Tsitsipas, dalam perlawanan akhir Kejohanan Tenis Dubai pada Sabtu (2 Mac).

Juara Grand Slam 20 kali itu menang set pertama 6-4 dalam masa 36 minit.

Tsitsipas, 20 tahun, cuba memberi tentangan lebih hebat dalam set kedua. Bagaimanapun, Federer meningkatkan lagi permainannya semasa mereka terikat dengan mata 4-4.

Federer akhirnya menang set kedua dengan mata 6-4.

Federer sekali gus menjadi pemain lelaki kedua untuk menjuarai perlawanan perseorangan sebanyak 100 kali, selepas bintang tenis Amerika Syarikat Jimmy Connors.

Jimmy Connors berjaya menjulang sebanyak 109 kejuaraan ATP sepanjang kerjaya profesionalnya.

"Selamat datang ke kelab menang perlawanan '3 angka' @rogerfederer - Saya kesunyian. Gembira kini saya berteman," komen dan seloroh Jimmy Connors menerusi laman Twitter beliau. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan