Federer akan beraksi di Piala Laver 2022 sebelum gantung raket
"Saya cuba bersedia untuk perlawanan terakhir saya. Kita lihat bagaimana nanti. Saya gementar kerana sudah lama tidak bermain. Saya berharap ia berjalan lancar," kata legenda tenis Roger Federer.

Roger Federer. (Gambar: Danielle Parhizkaran/Reuters)
Pemain berusia 41 tahun itu mengumumkan persaraannya daripada sukan tenis minggu lalu kerana mengalami kecederaan pada lutut. Beliau tidak bermain sejak Wimbledon 2021, lapor agensi berita Anadolu.
Bercakap pada sidang media di O2 Arena di London, Federer berkata beliau akan bermain untuk satu perlawanan pada Jumaat malam (23 Sep).
Federer mengakui berasa "gugup" untuk bersaing dalam Piala Laver kerana sudah lama tidak menyertai pertandingan.
"Jadi, saya cuba bersedia untuk perlawanan terakhir saya. Kita lihat bagaimana nanti. Saya gementar kerana sudah lama tidak bermain. Saya berharap ia berjalan lancar."
Federer sebelum ini mengesahkan bahawa Piala Laver, yang akan bermula pada Jumaat, akan menjadi "acara ATP terakhirnya."
Memulakan kerjaya tenis profesionalnya pada 1998, Federer berjaya muncul sebagai antara pemain hebat sepanjang zaman sukan itu.
Ikon Switzerland itu juga memegang rekod untuk gelaran Wimbledon terbanyak, dengan merangkul lapan kejuaraan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.