Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

FC Barcelona pecat jurulatih Ronald Koeman

Kelab Barcelona telah memecat jurulatih pasukan utamanya,Ronald Koeman, umum kelab itu pada Rabu (27 Okt) selepas kalah di tangan Rayo Vallecano  menyebabkannya   berada di tangga kesembilan La Liga.

Anggaran Waktu Membaca:
FC Barcelona pecat jurulatih Ronald Koeman

Kelab Barcelona mengumumkan pada 27 Okt 2021 ia memecat jurulatih pasukan utamanya, Ronald Koeman. (Gambar: OSCAR DEL POZO/AFP)

Diterbitkan : 28 Oct 2021 08:59AM Dikemas Kini : 28 Oct 2021 09:05AM

MADRID: Kelab Barcelona telah memecat jurulatih pasukan utamanya,Ronald Koeman, umum kelab itu pada Rabu (27 Okt) selepas kalah di tangan Rayo Vallecano menyebabkannya berada di tangga kesembilan La Liga.

Barca hanya menang dua daripada tujuh saingan terakhir liga di bawah kendalian Koeman, termasuk tewas di tangan Real Madrid pada Clasico di Camp Nou Ahad lalu.

Prestasi buruk pada permulaan musim meningkatkan kemungkinan pasukan itu gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan sekali gus mendatangkan kesan besar terhadap keadaan kewangan kelab yang sudah teruk.

Bekas pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez, yang kini mengetuai kelab Qatar, Al Sadd serta jurulatih River Plate, Marcel Gallardo dilaporkan antara calon dipertimbangkan untuk mengambil alih tugas itu.

Kenyataan kelab yang diumumkan selepas tengah malam di Sepanyol menyatakan: "FC Barcelona memecat Ronald Koeman daripada jawatan jurulatih pasukan utama malam ini.

"Presiden kelab, Joan Laporta sudah memberitahunya selepas kekalahan di tangan Rayo Vallecano. Ronald Koeman akan mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Khamis ini di Ciudad Deportiva.

"FC Barcelona mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan beliau dan selamat maju jaya dalam kerjayanya."

Koeman menyarung jersi Barcelona selama enam tahun dan dianggap sebagai legenda kelab selepas menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Piala Eropah 1992 menentang Sampdoria.

Beliau dilantik menjadi jurulatih Barco oleh bekas presiden kelab itu Josep Maria Bartomeu pada Ogos 2020 dan menikmati beberapa kejayaan dalam musim pertama, menjuarai Copa del Rey.

Kedudukan Koeman semakin tergugat selepas prestasi hambar dalam La Liga dan kekalahan teruk di tangan Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara.  

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan