Skip to main content

Sukan

FAS umum 10 cadangan tingkatkan prestasi bola sepak SG di Sukan SEA

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Jumaat (7 Jul) mengumumkan 10 cadangan untuk memperbaiki prestasi negara di Sukan Asia Tenggara (SEA) pada masa hadapan.

Ini termasuk memberi lebih banyak masa perlawanan kepada pemain muda di Liga Perdana Singapura (SPL) dan menyediakan akses kepada sumber serupa dengan pasukan "A" kebangsaan kepada pasukan lelaki bawah 23 dan 22 tahun.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh jawatankuasa semakan - yang ditugaskan oleh pemangku presiden FAS Bernard Tan bagi pihak kepimpinannya - berikutan prestasi pasukan Singapura bawah 22 tahun di Sukan SEA tahun ini di Kemboja.
PEMINDAHAN PASUKAN BAWAH 22 DAN 23 TAHUN

Salah satu cadangan adalah untuk memindahkan pasukan bawah 23 dan 22 tahun ke bawah pasukan kebangsaan, dan diketuai jurulatih kebangsaan.

Langkah itu akan "meningkatkan kepentingan" pasukan U23/22, dan memastikan sumber pasukan kebangsaan tersedia untuk membantu pemain bolak sepak muda dan "mempercepatkan" pemindahan mereka ke pasukan A.

SUKAN SEA SEBAGAI PROJEK 2 TAHUN

Satu lagi cadangan dikemukakan adalah supaya FAS menganggap Sukan SEA sebagai projek dua tahun untuk membenarkan jurulatih dan pasukan berkembang maju dalam jangka panjang.

Tempoh itu akan, antara lain, membuka peluang untuk menghasilkan pemain muda dan membolehkan mereka meraih pengalaman dalam Liga Perdana Singapura, dengan lapan hingga 10 perlawanan antarabangsa yang "bertempo dan berintensiti tinggi" dalam tempoh tersebut.

LEBIH BANYAK MASA PERMAINAN

Jawatankuasa semakan juga menggesa supaya peraturan Liga Perdana Singapura disemak semula, untuk membolehkan lebih banyak masa permainan bagi pemain U23/22 utama.

FAS menarik perhatian bahawa hanya lapan pemain dari pasukan Sukan SEA bermain secara tetap dalam musim SPL 2023, dengan lebih 50 peratus masa permainan. Majoriti pemain dalam pasukan itu hanya bermain secara tetap dalam SPL tahun ini, dan kebanyakan daripada mereka belum bermain satu musim yang penuh.

CADANGAN LAIN

Cadangan lain termasuk:
  • Sejumlah pemain dari pasukan U23/22 akan dipersiapkan pada permulaan projek dua tahun Sukan SEA dan mereka yang disenaraikan akan mempunyai rancangan pembangunan individu.
  • Pasukan U23/22 akan menumpukan kepada dua pertandingan "keutamaan": Sukan SEA dan Kejohanan Konfederasi Asia bawah usia 23 tahun, yang berfungsi sebagai pusingan kelayakan Olimpik
  • Tempoh persiapan sekurang-kurangnya dua minggu bagi perlawanan keutamaan, yang merangkumi berbilang perlawanan dalam satu tempoh
  • Persiapan mental wajib dan aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan

Seorang ahli psikologi sukan akan terlibat dalam persiapan sebelum perlawanan bagi kedua-dua pemain individu serta pasukan secara menyeluruh.

  • Diet pemain akan dirancang apabila FAS mempunyai kawalan terhadap makanan

  • Pasukan penganalisis menyeluruh pada peringkat nasional
  • Pemain yang cedera ketika perlawanan harus disahkan dan mendapatkan pengesahan doktor perubatan
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita