FAS rancang beri pasukan Singa Muda lebih banyak pendedahan agar mampu bersaing
Perancangan sedang giat dijalankan untuk merapatkan jurang antara pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun Singapura dengan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perancangan sedang giat dijalankan untuk merapatkan jurang antara pasukan bola sepak lelaki bawah 22 tahun Singapura dengan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.
Ini menyusuli kempen di Sukan SEA 2025 yang disifatkan oleh jurulatihnya sendiri sebagai "mengecewakan" - termasuk kekalahan di tangan pasukan Timor Leste dan tuan rumah Thailand.
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berikrar akan memberikan pasukan Singa Muda lebih banyak pendedahan dalam bersaing, sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang Sukan SEA 2027 di Malaysia dan seterusnya.
"Saya ingin memohon maaf bukan sahaja kepada semua wakil media di bilik ini, tetapi juga kepada para penyokong di luar sana, kepada seluruh rakyat negara ini.
"Kempen Sukan SEA kali ini amat mengecewakan, dan kami tidak akan lari daripada hakikat tersebut. Saya memikul tanggungjawab penuh atas kempen yang lemah serta mengecewakan ini," kata ketua jurulatih Pasukan Bola Sepak Singapura Bawah 22 Tahun, Firdaus Kassim.
Menurut FAS, masa depan ketua jurulatih itu akan dinilai secara "objektif dan menyeluruh", tetapi tidak sampai kepada tindakan memecat.
Sebaliknya, FAS cuba memberikan gambaran yang lebih positif.
Antaranya, FAS menekankan, lebih separuh daripada skuad sedia ada masih layak untuk menyertai Sukan SEA seterusnya di Malaysia pada 2027 nanti, dan ramai pemain tersebut menunjukkan potensi.
"Salah satu perkara utama yang akan kami lakukan adalah bagi setiap pertandingan FIFA, bukan sahaja penglibatan pasukan lelaki kebangsaan utama, kami juga akan aturkan perlawanan bagi pasukan lelaki bawah usia 22 tahun.
"Malah, pasukan bawah 19 dan bawah 16 tahun juga akan menerima pendedahan antarabangsa secara berkala. Kami amat komited terhadap usaha ini," kata Naib Presiden FAS, Tan Li Yu.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.