FAS pecat ketua jurulatih pasukan bola sepak SG
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Jung Yeon-je/AFP
SINGAPURA: Takayuki Nishigaya dipecat sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak lelaki Singapura, umum Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Isnin (29 Jan).
Keputusan itu dibuat menyusuli keputusan dan prestasi yang hambar, dengan yang terbaharu adalah kekalahan di tangan Thailand dan Korea Selatan yang menyebabkan pasukan negara menghuni tangga paling corot dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia.
Menurut FAS, prestasi dan keputusan pasukan negara baru-baru ini adalah "di bawah jangkaan", dan "peralihan awal kepada pengganti baharu akan mencergaskan semula pasukan dan membolehkan pasukan negara untuk membuat persiapan yang lebih rapi untuk perlawanan-perlawanan penting dalam masa beberapa bulan akan datang dan Kejohanan AFF pada hujung tahun".
Pemecatan itu dilakukan kurang dua tahun selepas Nishigaya dilantik sebagai ketua jurulatih dan keputusan itu dibuat setelah "menimbangkannya dengan teliti", jelas FAS.
Bekas pemain Liga-J yang membuat 100 penampilan dalam liga tersebut, Nishigaya memulakan perjalanan kejurulatihannya pada 2004 sebagai jurulatih pasukan remaja Tokyo Verdy. Dia menjadi ketua jurulatih pasukan remaja sebelum meninggalkannya pada 2009.
Beliau kemudian menjadi penolong jurulatih Albirex Niigata (2012) dan Mito Hollyhock (2013-2015) sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih.
Nishigaya juga merupakan ketua jurulatih SC Sagamihara sebelum berpindah ke Matsumoto Yamaga, di mana beliau adalah ketua jurulatih bagi pasukan Bawah 18 Tahun, sebelum menjadi penolong pasukan pertama pada 2020.
"FAS ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nishigaya atas kerjanya di Singapura dan mendoakan kejayaannya dalam usaha masa depannya," menurut badan pentadbir sukan tersebut.
FAS akan mengumumkan penggantinya tidak lama lagi.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.