FAS lantik mantan CEO Lion City Sailors sebagai Setiausaha Agung baharu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Chew Chun-Liang)
SINGAPURA: Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors, Chew Chun-Liang, dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), selepas pencarian selama dua bulan untuk mengisi jawatan tertinggi tersebut.
Encik Chew kini sedang menjalani notis sebagai timbalan ketua penyepaduan sistem penjagaan di Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), dan akan mula bertugas pada November, umum FAS dalam kenyataan di laman webnya pada Jumaat (13 Sep).
Pemimpin sebelum ini, Yazeen Buhari, mengumumkan peletakan jawatannya pada Julai selepas enam tahun menerajui jawatan itu, dan akan berundur pada 30 September.

Presiden FAS Bernard Tan berkata: "Saya mengalu-alukan Chun-Liang sebagai setiausaha agung baharu.
"Kepimpinannya yang terbukti merentasi pelbagai bidang, termasuk khidmat cemerlangnya di AIC dan Lion City Sailors menjadikannya calon sesuai untuk memimpin FAS di saat-saat kritikal ini."
Encik Tan menambah: "Chun-Liang memahami cabaran di hadapan kita. Disebabkan kerja-kerjanya dalam arena bola sepak, dia kenal pihak berkepentingan, dan sudah terbiasa dengan isu yang dihadapi. Kami jangkakan dia akan berjaya memimpin FAS."
TUGAS YANG SUKAR
Agenda utama Encik Chew adalah untuk bekerjasama rapat dengan jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura, untuk memperbaiki prestasi pasukan kebangsaan.
Singapura menunjukkan prestasi yang mengecewakan di arena antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selepas ia gagal melepasi peringkat kumpulan Sukan SEA sejak 2013.
Pada edisi 2023, pasukan tersebut gagal mencatatkan kemenangan, dan dibelasah Malaysia 7-0 dalam permainan peringkat kumpulan terakhir.
Ia adalah kekalahan paling teruk Singapura di Sukan SEA sejak kejohanan itu membariskan pasukan-pasukan di bawah usia 22 tahun pada tahun 2001.

Singapura juga gagal mendapatkan kemenangan dalam empat perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026, dengan keputusan seri 2-2 ketika berdepan China dan kalah dua kali ketika berdepan Korea Selatan dan sekali menentang Thailand, dengan pasukan Lions menduduki tangga paling bawah dalam kumpulan mereka.
Namun FAS tertarik dengan beberapa pencapaian penting sepanjang tempoh perkhidmatan Encik Chew bersama pasukan Sailors, dari 2020 hingga 2022, yang mungkin menjadi petanda baik untuk Lions.
Encik Chew berkata tempoh perkhidmatannya bersama pasukan Sailors memberinya "pemahaman lebih mendalam" tentang hubungan dan minat bola sepak tempatan, dan ia jelas baginya bahawa bola sepak "mempunyai keistimewaan buat rakyat Singapura".
"Saya akan membina di atas asas yang Yazeen bantu bangunkan, dan saya berharap saya dapat meneruskan usaha yang baik, dengan cara yang akan menyaksikan bola sepak Singapura berkembang dengan lebih baik pada tahun-tahun akan datang."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.