Skip to main content

Sukan

FAS, JFA meterai MOU pertingkat kerjasama bola sepak

Anggaran Waktu Membaca:
FAS, JFA meterai MOU pertingkat kerjasama bola sepak

(Gambar: Facebook/Tengku Mahkota Johor)

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Selasa (11 Jul) memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Persatuan Bola Sepak Johor (JFA).

Ia bertujuan untuk mempererat hubungan dan memperdalam kerjasama dalam bidang pembangunan bola sepak kedua-dua persatuan.

Perjanjian tiga tahun itu akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam beberapa objektif utama, termasuk:

- Pertandingan tahunan melibatkan pasukan terpilih Singapura dan Johor yang akan dianjurkan bersama oleh kedua-dua pihak bermula 2024

- Satu platform kerja bagi pertukaran pemain belia serta pengaturan perlawanan bagi golongan belia secara berkala

- Bidang tambahan bagi kerjasama antara kedua-dua persatuan untuk saling meraih manfaat dalam pembangunan bola sepak
(Gambar: Instagram/i.am.baihakki)
Satu lagi aspek utama MOU tersebut adalah ia akan menyaksikan perlawanan persahabatan dianjurkan antara golongan belia dengan dewasa kedua-dua persatuan dari masa ke semasa, tertakluk kepada persetujuan jadual dan aturan kewangan.

Selain itu, rancangan untuk mengadakan kem latihan bagi kedua-dua persatuan dan kelab di Singapura dan Johor akan diusahakan.

MOU tersebut juga mengiktiraf potensi kerjasama komersial, termasuk kegiatan francais, persetujuan lesen, penjualan barangan dan usaha komersial yang selaras dengan objektif keseluruhan perjanjian dan pihak terlibat.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita