FAS doakan pemain Harimau Malaya Faisal Halim segera sembuh susuli kes simbah asid
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/HECTOR RETAMAL)
SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Khamis (9 Mei) mendoakan agar pemain Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim, cepat sembuh dan pulih sepenuhnya selepas cedera teruk akibat disimbah asid.
FAS menyatakan pihaknya berharap untuk melihat pemain bola sepak yang lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kembali ke padang.
"FAS bersolidariti dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mengecam sebarang bentuk keganasan terhadap pemain dan pegawai," tulis FAS menerusi catatan di Facebook pada Khamis.
Pemain berusia 26 tahun yang lebih mesra disapa ‘Mickey’ oleh peminatnya mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan,menyusuli insiden di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei.

Mohamad Faisal menjalani dua pembedahan dan kini berada dalam fasa rawatan rekonstruktif, yang melibatkan pembaikan struktur dan pemulihan struktur badan pemain itu.
Ini merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara itu selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu pada Khamis (2 Mei) lalu.
Serangan terhadap pemain bola sepak negara berterusan apabila pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim, pula diserang dua lelaki menaiki motosikal yang memecahkan cermin bahagian belakang keretanya menggunakan tukul besi di Johor Bahru, pada Selasa (7 Mei).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.