Skip to main content

Sukan

FAS bakal perkenal kaedah alternatif selepas kehilangan isyarat VAR jejas perlawanan Piala Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
FAS bakal perkenal kaedah alternatif selepas kehilangan isyarat VAR jejas perlawanan Piala Singapura

Tangkapan skrin yang menunjukkan seorang pengadil cuba melihat sebuah skrin monitor, yang pihak berkuasa menyatakan mengalami kehilangan isyarat semasa berlangsungnya sebuah perlawanan bola sepak Piala Singapura antara Tanjong Pagar United dan Hougang United pada 25 Sep 2023.

SINGAPURA: Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) akan memperkenalkan 'monitor' pada sistem teknologi video penolong pengadil (VAR) sebagai alternatif selepas kehilangan isyarat menjejas perlawanan Piala Singapura pada Isnin (25 Sep).

Gangguan pada sistem VAR menyebabkan pengadil tidak dapat melihat rakaman berlaku pertembungan antara pemain Hougang United, Hazzuwan Halim dengan pemain Tanjong Pagar United, Kenji Rusydi pada minit ke-84, dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Pengadil pada mulanya menilai pertembungan itu sebagai bukan satu kekasaran dan sebaliknya memberikan tendangan sudut kepada Hougang, menurut pengarah pengadil FAS, Nazeer Hussain.

Atas saranan VAR, pengadil tersebut diminta untuk menyemak semula insiden berkenaan pada skrin, tetapi ia mengalami "masalah teknikal".

Ketua kandungan dan penerbitan FAS Abhishek Ravikrishnan berkata skrin monitor VAR di Stadium Jurong East "mengalami kehilangan isyarat bagi siaran video dari bilik pengendali video di Stadium Jalan Besar".

"Kehilangan isyarat ini menyebabkan pengadil tidak dapat melihat insiden berkenaan dengan jelas pada ... monitor dan oleh itu dia mengekalkan keputusan asalnya untuk memberikan tendangan sudut."

Menurut Encik Nazeer, pengadil tersebut memaklumkan kedua-dua pasukan mengenai masalah teknikal itu.

"Saya berasa kecewa dengan insiden ini kerana ia telah memberi kesan yang tidak baik kepada Hougang United berhubung keputusan perlawanan dan saya akan menghubungi Hougang secara peribadi."

Enam minit sewaktu masa kecederaan, Kazuma Takayama dari Tanjong Pagar menjaringkan gol untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Hougang.

Encik Abhishek berkata pasukan penyiaran telah menjalankan pemeriksaan ke atas sistem tersebut sebelum perlawanan bermula dan tidak mengesan sebarang isu teknikaln.

"Untuk meningkatkan keandalan sistem tersebut, kami mengambil langkah untuk memperkenalkan kaedah isyarat tambahan kepada pengadil sebagai alternatif, yang bertujuan untuk mengelakkan gangguan pada perlawanan bola sepak," katanya lagi.

Teknologi VAR diperkenalkan kepada bola sepak Singapura pada awal tahun ini selepas FAS mendapat kelulusan daripada badan induk bola sepak dunia FIFA.

Singapura adalah negara Asia ke-11 yang menggunakan VAR dalam liga profesional tempatan dan akan terus menggunakan sistem itu untuk tiga musim seterusnya Liga Perdana Singapura.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita