Farhanna Farid pecahkan rekod dunia U-52kg sendiri di Piala Asia Tenggara
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Powerlifting Singapore
SINGAPURA: Apabila Farhanna Farid, pemegang rekod dunia bagi kategori 'dead lift' bawah 52 kilogram (kg) masuk ke gelanggang pada Jumaat (16 Sep) untuk bertanding di Piala Asia Tenggara yang diadakan buat julung-julung kalinya, fikiran rakyat Singapura itu bukan mengenai sama ada beliau boleh memecahkan rekodnya, sebaliknya beliau berfikir tentang anak-anak didiknya yang bersaing buat pertama kali di peringkat antarabangsa.
Dalam wawancara melalui perbualan telefon bersama Mediacorp dari Johor Bahru pada Ahad (18 Sep), atlit 30 tahun itu yang sudah memecahkan enam rekod Asia sejak beliau mula bertanding pada 2018, mengatakan beliau bukan sahaja hadir di pertandingan itu sebagai atlit, tetapi juga sebagai jurulatih.
"Saya sangat sibuk merancang semuanya (untuk atlit saya sendiri) dan memastikan mereka semua dalam keadaan baik sebelum saya fikirkan tentang diri saya sendiri. Saya tidak ada masa untuk rasa darah gemuruh dalam pertandingan itu," kata atlit angkat berat negara, yang sudah menjadi jurulatih hampir setahun.
Berdasarkan jumlah markah pasukan Singapura untuk tiga pusingan angkat berat, kontinjen Singapura seramai 48 atlit berjaya merangkul 26 pingat emas, tujuh perak dan sembilan gangsa pada akhir acara empat hari pada Ahad (18 Sep) yang diadakan di Johor Bahru di Malaysia.
Para atlit juga memecahkan tujuh rekod Asia.
Singapura juga memenangi pasukan terbaik keseluruhan, atlit angkat berat wanita terbaik keseluruhan (Cik Farhanna) dan atlit angkat berat lelaki keseluruhan (Encik Clinton Lee) bagi keseluruhan Piala berkenaan.
Cik Farhanna berjaya mengangkat berat 201 kilogram (kg), sekitar empat kali ganda berat badannya dalam percubaan kedua beliau untuk memecahkan rekod dunia dalam kelas berat badannya dengan melepasi rekod yang dicatatkannya awal tahun ini.

Beliau bangga dapat "menjamin satu lagi kemenangan" untuk Singapura.
Memandang ke hadapan, Cik Farhanna mengatakan beliau sedang berikan tumpuan pada Kejohanan Asia yang akan diadakan di Dubai pada bulan Disember ini.
"Kami harap dapat memecahkan lebih banyak rekod Asian dan rekod di sana," kata beliau.
"Saya hendak mencatatkan lebih banyak pengalaman bertanding kerana ingin mempertingkatkan diri saya sebagai seorang atlit dan jurulatih. Setiap peluang yang saya dapat untuk mewakili negara, saya rasa sangat rugi jika tidak merampas peluang itu."

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.