Fandi Ahmad sertai Pahang FC selaku penasihat teknikal
Pelantikannya diumumkan beberapa minggu selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyatakan Fandi akan melepaskan tugasnya sebagai ketua jurulatih belia elit Singapura.
Fandi Ahmad. (Gambar fail: CNA/Matthew Mohan)
Pelantikannya diumumkan beberapa minggu selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyatakan Fandi akan melepaskan tugasnya sebagai ketua jurulatih belia elit Singapura. Keputusan itu dipersetujui kedua-dua Fandi dan FAS, menurut persatuan itu.
Pahang kini menduduki tangga kedua dari bawah dalam kalangan 12 pasukan yang bertanding di MSL.
Sepanjang kerjayanya, Fandi pernah menyarung jersi pasukan Pahang selama dua musim, di mana beliau menjulang dua piala pada 1992.
Sejak bersara dari bola sepak, legenda bola sepak Singapura itu beralih pada tugas jurulatih dan memenangi Liga S (kini Liga Premier Singapura) sebanyak dua kali dengan pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan membantu pasukan Indonesia Pelita Jaya naik ke Liga Super Indonesia.
<<BACA:..>>
Selepas LionsXII dibubarkan, Fandi terus berkhidmat bersama FAS sebagai kakitangan jurulatih sehingga dilantik Ketua Jurulatih (Belia) pada 2016.
Beliau kemudian memimpin Pasukan Singa Muda pada awal 2018 dan seterusnya dilantik sebagai ketua jurulatih sementara pasukan negara lelaki pada tahun yang sama.
Fandi membantu pasukan itu dalam perlawanan Piala Suzuki 2018 Persekutuan Bola Sepak ASEAN dan memimpin pasukan Singapura bawah 22 tahun merangkul kejuaraan Piala Merlion pada 2019 selain memimpin pasukan itu di Sukan Asia Tenggara 2019 di Manila.
Pada Khamis, Pahang juga mengumumkan pengurus pasukan Dollah Salleh akan mengambil tugas sebagai ketua jurulatih sementara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.