Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Fandi Ahmad bakal jadi jurulatih skuad Sri Pahang FC?

Anggaran Waktu Membaca:
PAHANG: Kelibat Fandi Ahmad pada sesi latihan pertama skuad Sri Pahang FC pada Isnin (19 Dis) seolah-olah memberi bayangan beliau bakal melatih skuad Tok Gajah bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Jurulatih berusia 60 tahun itu dilantik sebagai Penasihat Teknikal Kelab Bolasepak Sri Pahang FC (SPFC) musim ini memberikan kelebihan kepada Fandi untuk kekal di Darul Makmur musim 2023, lapor agensi berita Sinar Harian.

Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kelab itu berhubung kedudukan Fandi dan Dollah Salleh selaku ketua jurulatih Sri Pahang musim ini.

Menurut laporan agensi berita Sinar Harian, ia masih menjadi teka-teki kerana setakat ini senarai pemain masih belum diumumkan termasuk pemain import.

Bagaimanapun, keputusan rasmi penyerang import dari Colombia, Steven Rodriguez yang sah tidak bersama skuad Tok Gajah musim depan.

Nasib empat lagi pemain import iaitu Kevin Ingreso dari Filipina, Sherzod Fayziev (Uzbekistan), Mamadou Samassa (Mali) dan Manuel Hidalgo (Argentina) masih mencetuskan tanda tanya sama ada kekal atau sebaliknya.

Media sebelum ini melaporkan hanya Fandi disebut-sebut untuk membimbing skuad itu dengan perubahan yang akan dilakukan terutama menampilkan barisan pemain berpengalaman.

Menurut laporan agensi berita Sinar Harian, kehadiran Fandi pada pertengahan musim dikatakan membantu Sri Pahang memperbaiki kedudukan daripada dasar Liga Super ke tempat ketujuh.

Beliau memberi impak positif kepada skuad Tok Gajah biarpun misi berada di kedudukan kelima tidak kesampaian.

Pada sesi latihan pra musim itu antara pemain yang hadir ialah Nor Azam Azih, Abdul Malik Mat Ariff, Baqiuddin Shamsuddin, Zarif Irfan Hashimuddin, Ashar Al Aafiz bin Abdullah dan Muslim Ahmad.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan