F1 SG: Verstappen bergelut untuk pertahan rekod tanpa kalah, akan mulakan perlumbaan di tempat ke-11
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Max Verstappen akan memulakan perlumbaan Grand Prix Singapura malam ini (17 Sep) dari tempat ke-11, yang turut menyaksikan kejutan apabila pelumba Ferrari, Carlos Sainz merampas petak pertama.
Dalam sesi kelayakan di Litar Marina Bay, kedua-dua pemandu Red Bull tersingkir pada Q2 menyebabkan juara dunia itu berdepan tugas besar untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini, dipetik daripada Astro Arena.

George Russell layak di tempat kedua, terlepas petak pertama dengan hanya 0.072 saat dengan Charles Leclerc ketiga untuk Ferrari, satu tempat di hadapan Lando Norris dari McLaren, Lewis Hamilton menduduki tempat kelima, separuh saat di belakang.
Verstappen telah disingkirkan pada Q2 selepas dia mengeluh dengan pengendalian jentera Red Bull yang telah membawanya ke rekod 10 kemenangan berturut-turut, namun bergelut untuk berlumba pada waktu malam.
"Saya tidak tahu sama ada anda melihatnya, tetapi ia adalah pengalaman yang benar-benar mengejutkan," katanya mengenai perlumbaan pada sebelah malam, lapor Astro Arena.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.