Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Max Verstappen tempah petak pertama di Abu Dhabi

Max Verstappen dari pasukan Red Bull menempah tempat di petak pertama dalam perlumbaan F1 Abu Dhabi malam ini (13 Dis) nanti. 

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Max Verstappen tempah petak pertama di Abu Dhabi

(Gambar: maxverstappen1/Instagram)

Diterbitkan : 13 Dec 2020 07:10PM Dikemas Kini : 13 Dec 2020 07:21PM

ABU DHABI: Max Verstappen dari pasukan Red Bull menempah tempat di petak pertama dalam perlumbaan F1 Abu Dhabi malam ini (13 Dis) nanti.

Pelumba Belanda itu mengalahkan juara dunia Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas dari Mercedes dalam perlumbaan kelayakan Formula 1 ketiga pada Sabtu (12 Dis).

Verstappen, 23 tahun, mendahului Bottas dengan hanya 0.025 saat, diikuti oleh Hamilton.

Ini adalah kali pertama sejak 2013, pasukan Red Bull memulakan perlumbaan di petak pertama di Yas Marina.

Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton berkata, beliau sedang mengalami kesan sampingan akibat COVID-19.

Hamilton, 35 tahun, ketinggalan dalam Grand Prix Sakhir di Bahrain hujung minggu lalu kerana diuji positif COVID-19.

Namun beliau berkali-kali diuji negatif minggu ini. 

Sumber : Agensi berita/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan