Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1: Hamilton muncul juara di Imola

Lewis Hamilton menang perlumbaan di Grand Prix Emilia-Romagna di Imola pada Ahad (1 Nov) sekali gus mencatat rekod bagi gelaran World Constructors Championship yang ketujuh berturut-turut buat Mercedes.

Anggaran Waktu Membaca:
F1: Hamilton muncul juara di Imola

(Gambar: Reuters/Miguel Medina)

Diterbitkan : 01 Nov 2020 10:59PM Dikemas Kini : 01 Nov 2020 11:00PM

IMOLA, Itali: Lewis Hamilton menang perlumbaan di Grand Prix Emilia-Romagna di Imola pada Ahad (1 Nov) sekali gus mencatat rekod bagi gelaran World Constructors Championship yang ketujuh berturut-turut buat Mercedes.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas menamatkan perlumbaan di tangga kedua, manakala pemandu Renault, Daniel Ricciardo di tangga ketiga.

"Ini adalah pencapaian yang hebat untuk anda semua. Saya amat bangga terhadap setiap orang dan saya amat bersyukur menjadi sebahagian daripadanya," kata Hamilton di radio pasukan.

"Kami tidak mungkin melakukannya tanpa anda," balas pasukan Mercedes.

Kejayaan Hamilton merupakan kemenangan ke-93 dalam kerjayanya sekali gus meletakkannya lebih jauh di hadapan Bottas dengan kelebihan 85 mata dengan baki empat perlumbaan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan