Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

F1 GP Australia akan terus diadakan di Melbourne sehingga 2035

Anggaran Waktu Membaca:
F1 GP Australia akan terus diadakan di Melbourne sehingga 2035

(Gambar: Con Chronis/AFP)

Diterbitkan : 16 Jun 2022 04:36PM Dikemas Kini : 16 Jun 2022 04:36PM

MELBOURNE: Grand Prix Australia akan terus diadakan di Melbourne sehingga 2035 selepas pihak penganjur perlumbaan memeterai perjanjian baru selama 10 tahun. 

Demikian diumumkan Formula One (F1) pada Khamis (16 Jun). 

Melbourne menyaksikan perlumbaan pertamanya pada 1928 dan sejak itu diadakan di Litar Taman Albert di Melbourne sejak 1996. 

"Perlumbaan F1 sangat digemari peminat, pemandu dan pasukan mereka, dan Melbourne adalah sebuah bandar antarabangsa yang hebat lagi bertenaga yang bersesuaian dengan sukan ini," kata Presiden F1 Stefano Domenicali dalam satu kenyataan. 

GP Australia tahun ini diadakan pada April tahun selepas dua tahun tidak diadakan kerana pandemik COVID-19, dan dimenangi Charles Leclerc daripada pasukan Ferrari

Formula One menyatakan tarikh bagi GP Australia pada tahun depan akan diumumkan "dalam masa terdekat". 

Ia juga menyatakan perlumbaan Formula 2 dan Formula 3 akan turut diadakan pada hujung minggu Grand Prix mulai musim depan buat kali pertama. 

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa