Skip to main content

Sukan

EURO 2024: Gol sendiri Itali bantu Sepanyol mara ke pusingan kalah mati

Anggaran Waktu Membaca:
EURO 2024: Gol sendiri Itali bantu Sepanyol mara ke pusingan kalah mati

(Gambar: OZAN KOSE / AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2024 08:08AM Dikemas Kini : 21 Jun 2024 08:25AM
GELSENKIRCHEN: Sepanyol mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir Euro 2024 selepas mengalahkan juara bertahan, Itali 1-0 dalam aksi Kumpulan B di Arena AufSchalke.

Aksi cemerlang penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma berjaya menafikan deretan percubaan Sepanyol sepanjang permainan.

Pedri hampir membuka jaringan untuk Sepanyol selepas satu minit sepak mula apabila menanduk hantaran Nico Williams, namun ditolak keluar oleh Donnarumma.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan walaupun Sepanyol mendominasi perlawanan sepenuhnya dengan sembilan percubaan ke arah gawang skuad Azzuri.

Sepanyol terus mengasak gawang Itali pada separuh kedua tetapi beberapa percubaan mereka sama ada dinafikan tiang gol atau Donnarumma.

Begitupun, Sepanyol memecahkan kebuntuan jaringan selepas bola tampanan Donnarumma terkena kaki pertahanan sendiri, Riccardo Calafiori yang menyebabkan jaringan sendiri pada minit ke-55.

Keputusan itu kekal hingga wisel penamat sekali gus membawa Itali kekal di tangga kedua Kumpulan B dengan tiga mata di bawah Sepanyol yang mengumpul enam mata selepas dua perlawanan.
Sumber : Agensi berita/SN/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita