Euro 2024: England dahului Kumpulan C setelah tewaskan Serbia dalam perlawanan pembukaan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Alberto PIZZOLI / AFP
JERMAN: Bintang Real Madrid, Jude Bellingham, menjadi penjaring tunggal memastikan England menewaskan Serbia 1-0 dalam aksi Kumpulan C, Euro 2024 di Veltins Arena pada Ahad (17 Jun).
Pemain berusia 20 tahun itu bijak menghidu lambungan lintang Bukayo Saka untuk menanduk masuk gol pembukaan England pada minit ke-13.
Untuk rekod, ia merupakan gol keempat Bellingham bersama skuad senior The Three Lions.
Serbia tampil dengan permainan lebih fizikal dan bertekanan tinggi dalam babak kedua tetapi ketumpulan di depan gawang jelas menghantui mereka.
Sebaliknya, England berpeluang untuk menggandakan kelebihan pada minit ke-77, di mana hantaran lintang yang dilakukan Jarrod Bowen ditanduk ke arah palang gol oleh ketua pasukan, Harry Kane.
Dusan Vlahovic hampir memecahkan kebuntuan Serbia pada minit ke-82 dengan percubaan voli jarak jauhnya tetapi penjaga gol England, Jordan Pickford, bertindak tangkas menepis keluar percubaan itu.
Dengan kemenangan itu, The Three Lions kini mendahului kumpulan C selepas Denmark dan Slovenia terikat 1-1 dalam satu lagi perlawanan.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.