Skip to main content

Sukan

Euro 2020: Sepanyol, Sweden seri 0-0; Slovakia dahului Kumpulan E

Sepanyol cuba menewaskan Sweden dalam perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan itu di Euro 2020 tetapi terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0.

Anggaran Waktu Membaca:
Euro 2020: Sepanyol, Sweden seri 0-0; Slovakia dahului Kumpulan E

Pemain Sweden Viktor Claesson dan pemain Sepanyol Pau Torres merebut bola. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 15 Jun 2021 08:42AM Dikemas Kini : 15 Jun 2021 08:46AM

SEVILLE: Sepanyol cuba menewaskan Sweden dalam perlawanan pembukaan kedua-dua pasukan itu di Euro 2020 tetapi terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0.

Dalam separuh pertama, pasukan Luis Enrique mendominasi perlawanan Kumpulan E di stadium La Cartuja itu dengan peluang terbaik mereka dihasilkan Alvaro Morata yang berjaya membolosi benteng pertahanan Sweden tetapi gagal menyumbatkan gol.

Malah, percubaan Sweden juga tidak berhasil. Hantaran lintang Alexander Isak selepas menggelecek bola melepasi empat pemain pertahanan Sepanyol gagal dimanfaatkan Marcus Berg yang tidak menepati sasaran.

"Pasukan kami keluar padang dengan rasa kecewa memandangkan semua usaha yang kami lakukan dan setelah peluang yang kami hasilkan. Namun kami masih ada baki dua perlawanan dan kami akan cuba memperbaiki prestasi," kata pemain Sepanyol, Aymeric Laporte.

"Kami tidak hiraukan berapa hantaran mereka berjaya lakukan selagi mereka tidak banyak menguasai permainan di tengah. Akhirnya, ia adalah tentang menjaringkan dan menghalang gol daripada pasukan lawan," kata pemain Sweden Victor Lindelof pula.

SLOVAKIA MENDAHULUI KUMPULAN E

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E, tendangan berhasil pemain pertahanan Slovakia Milan Skriniar memberi kelebihan gol pasukannya sekaligus membawa kemenangan 2-1 Slovakia menentang Poland.

Slovakia mendahului perlawanan pada minit ke-18 apabila penjaga gawang Poland, Wojciech Szczesny terlepas menangkap bola yang sudah disentuhnya malah melantun masuk ke gawang sendiri.

Namun Karol Linetty dari Poland berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-46.

Pada minit ke-62, pemain tengah Poland, Grzegorz Krychowiak dihantar keluar selepas dikenakan kad kuning yang kedua.

Hanya tujuh minit kemudian, Slovakia menggandakan gol hasil rembatan Milan Skriniar.

Jurulatih Stefan Tarkovic memuji Skriniar yang sejauh ini berjaya menyumbang tiga gol dalam 41 perlawanan bagi Slovakia.

"Skriniar mencatat prestasi cemerlang hari ini tetapi saya rasa seluruh pasukan kami bermain dengan cemerlang," rumus beliau.  

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita