Skip to main content

Sukan

Euro 2020: FA England kecam kenyataan berbaur rasis terhadap pemain

Persatuan Bola Sepak England (FA) pada Isnin (12 Jul) mengecam kenyataan berbaur rasis di media sosial yang ditujukan kepada beberapa pemain selepas kalah di perlawanan akhir Euro 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Euro 2020: FA England kecam kenyataan berbaur rasis terhadap pemain

Pengurus England Gareth Southgate memeluk Bukayo Saka selepas beliau gagal menjaringkan gol dalam tendangan penalti selepas waktu tambahan perlawanan akhir Euro 2020 menentang Itali pada 11 Jul 2021. (Gambar: Carl Recine, Pool/AP)

Diterbitkan : 12 Jul 2021 07:14PM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 07:15PM

MOSCOW: Persatuan Bola Sepak England (FA) pada Isnin (12 Jul) mengecam kenyataan berbaur rasis di media sosial yang ditujukan kepada beberapa pemain selepas kalah di perlawanan akhir Euro 2020.

Menurut Sputnik, The Independent melaporkan pemain-pemain bola sepak England - Bukayo Saka, Jadon Sancho dan Marcus Rashford - menjadi sasaran media sosial berikutan kegagalan mereka menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Itali, yang menyumbang kepada kekalahan England.

"FA mengecam sekeras-kerasnya semua bentuk diskriminasi dan terkejut dengan tingkah laku rasis yang ditujukan kepada beberapa pemain England di media sosial.

"Sesiapa yang berada di belakang tingkah laku menjijikkan itu tidak dialu-alukan untuk menjadi penyokong pasukan itu," memetik kenyataan rasmi FA.

FA menegaskan pihaknya akan sentiasa menyokong pemain yang terlibat dan memastikan pihak yang bertangungjawab mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman di media sosial itu akan dikenakan tindakan.   

Persatuan tersebut turut mendesak platform media sosial menyekat pengguna yang mengeluarkan kata-kata itu dan bekerjasama mengumpulkan bukti untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dalam usaha "menghentikan diskriminasi dalam permainan itu."

Berikutan itu, polis London turut mengumumkan akan menyiasat kes berkenaan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita