Skip to main content

Sukan

EPL tidak izinkan pemain sertai perlawanan antarabangsa di negara dalam senarai merah

Kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) tidak akan melepaskan para pemain untuk perlawanan antarabangsa jika mereka turun padang di negara-negara yang dimasukkan dalam senarai merah United Kingdom (UK).

Anggaran Waktu Membaca:
EPL tidak izinkan pemain sertai perlawanan antarabangsa di negara dalam senarai merah

(Gambar: AP Photo/Alastair Grant)

Diterbitkan : 25 Aug 2021 09:10AM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 09:16AM

LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana England (EPL) tidak akan melepaskan para pemain untuk perlawanan antarabangsa jika mereka turun padang di negara-negara yang dimasukkan dalam senarai merah United Kingdom (UK).

Ini bagi mengelakkan para pemain daripada perlu menjalani kuarantin apabila mereka pulang ke England, menurut liga itu pada Selasa (24 Ogos).

Menurut liga itu lagi, hampir 60 pemain dijangka melakukan perjalanan ke 26 negara yang disenarai merah oleh UK semasa tempoh perlawanan antarabangsa pada September, yang juga termasuk perlawanan saringan bagi Piala Dunia 2022.

Perkara itu pertama kali dibangkitkan pada Isnin (23 Ogos) apabila Persatuan Bola Sepak Mesir mendedahkan bahawa Liverpool tidak mengizinkan Mohamed Salah melakukan perjalanan ke Afrika bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022.

"Kelab-kelab Liga Perdana England dengan berat hati namun bersatu memutuskan untuk tidak membenarkan para pemain menyertai perlawanan antarabangsa yang diadakan di negara-negara dalam senarai merah pada bulan depan," menurut liga tersebut dalam kenyataannya.

"Perbincangan panjang lebar sedang diadakan antara kedua-dua pihak FA dan pemerintah untuk mencari huraian, namun disebabkan oleh keprihatinan kesihatan awam berkaitan kemasukan pelawat dari negara-negara dalam senarai merah, tiada pengecualian diberikan."

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita