Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

EPL lapor 90 kes baru COVID-19

Kes baru dalam kalangan pemain dan kakitangan EPL melonjak seganda berbanding minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
 EPL lapor 90 kes baru COVID-19

Gambar fail bola sepak dipetik semasa perlawanan Liga Perdana England (EPL) antara West Ham United dengan Chelsea pada 4 Dis 2021 (Gambar: Glyn KIRK/AFP)

LONDON: Sebanyak 90 kes baru COVID-19 dilaporkan di 20 kelab Liga Perdana England (EPL) pada Isnin (20 Dis), seganda lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya, lapor agensi berita Xinhua.

Minggu lalu, liga teratas bola sepak England itu mengesahkan 3,805 pemain dan kakitangan kelab menjalani ujian COVID-19 antara 6 hingga 12 Disember. Daripada jumlah itu, 42 kes positif dikesan.

Liga tersebut sejak itu sudah melaksanakan semula Langkah Kecemasan dan meningkatkan kekerapan ujian yang dijalankan ke atas para pemain dan kakitangan.

"Pihak liga mengesahkan bahawa antara Isnin (13 Dis) hingga Ahad (19 Dis), sebanyak 12,345 ujian COVID-19 dijalankan ke atas pemain dan kakitangan kelab, satu paras rekod. Daripada jumlah itu, 90 kes baru dikesan," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana banyak kelab terjejas oleh penularan COVID-19. Namun EPL menegaskan bahawa pihaknya akan "meneruskan jadual perlawanan dengan selamat selagi boleh" selepas 20 kelab mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin.

EPL juga mengesahkan bahawa 84 peratus daripada para pemain sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan