EPL lancar kempen tingkat kesedaran risiko kandungan cetak rompak online
Buat pertama kalinya, Liga Perdana England (EPL) melancarkan kempen 'Hapuskan Cetak Rompak' dan penstriman haram di Singapura.

(Gambar: Petikan video EPL)
SINGAPURA: Buat pertama kalinya, Liga Perdana England (EPL) melancarkan kempen 'Hapuskan Cetak Rompak' dan penstriman haram di Singapura.
EPL memberi amaran tentang bahaya terhadap penyokong bola sepak tempatan.
Ini selepas satu tinjauan ke atas 1,000 orang di sini mendapati hanya sepertiga yang faham akses kandungan Liga Perdana secara haram mendedahkan mereka kepada risiko pencurian identiti atau serangan perisian hasad yang lebih tinggi.
EPL mendapatkan kerjasama beberapa pemain utamanya untuk menyebarkan mesej itu menerusi wadah digital.
Selain iklan yang muncul tiba-tiba dan pengalaman menonton tidak memuaskan, EPL menyatakan hampir 60 peratus laman penstriman cetak rompak sedemikian mengandungi iklan penipuan, perisian hasad dan kandungan berisiko lain.
Ia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mencegah para penyokong bola sepak daripada mengunjungi lelaman sedemikian.
Kempen itu dilancarkan menjelang permulaan musim baru EPL lusa (13 Ogos).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.