EPL fail tanda dagangan bagi lindungi hak intelektual, jenamanya
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Liga Perdana England (EPL) menfaikan permohonan bagi beberapa tanda dagangan Amerika Syarikat ke atas aset digital NFT (Non-Fungible Token) dan metaverse.
Menurut portal Ledger Insights, EPL turut memfailkan permohonan berasingan terhadap Liga Perdana Fantasi.
Tanda dagangan itu khusus bagi melindungi jenama EPL, termasuk logonya, yang menggambarkan singa dengan mahkota.
“Skop perlindungan yang dipohon merangkumi perdagangan aset digital, perkhidmatan mata wang kripto, barang boleh pakai maya (digital wearables), NFT, token, serta pasaran berasaskan rantaian blok.
“Seperti yang disebut, juga terdapat permohonan berasingan untuk skop permainan fantasi, yang memberi gambaran bahawa sektor ini juga antara keutamaan,” menurut artikel itu lagi.
Para pemerhati berpandangan ia merupakan langkah strategik EPL dan memberi bayangan mereka mempunyai perancangan untuk Web3 dan melindungi hak intelektual mereka di merata dunia sebagai salah satu langkah bagi melindungi entiti tersebut, lapor Astro Awani.
“Liga Perdana England (EPL) ditonton oleh berbilion manusia, jadi nilai yang terikat dengan jenama itu cukup tinggi.
Permohonan ini menunjukkan langkah yang logik untuk melindungi jenama berkenaan daripada ekonomi hari ini, termasuk elemen kripto dan maya, serta ekonomi esok dalam metaverse,” kata peguam perdagangan Michael Kondouis.
Di Amerika Syarikat, Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA), Persatuan Bola Sepak Amerika (NFL) dan Liga Utama Besbol (MLB) masing-masing mempunyai perkongsian dengan penyedia khidmat Web3.
Manakala di Eropah, kebanyakan liga utama seperti La Liga, Serie A dan Bundesliga mempunyai sekurang-kurangnya satu liga yang mempunyai hubungan perniagaan dalam NFT.

Sumber : Agensi berita/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.