Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

EPL digantung; Cristiano Ronaldo terpaksa dikuarantin gara-gara COVID-19

Semua perlawanan bola sepak di England, termasuk Liga Perdana England (EPL) akan digantung sehingga 4 Apr.

Anggaran Waktu Membaca:
EPL digantung; Cristiano Ronaldo terpaksa dikuarantin gara-gara COVID-19

Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Mar 2020 09:39PM Dikemas Kini : 13 Mar 2020 09:45PM

LONDON: Semua perlawanan bola sepak di England, termasuk Liga Perdana England (EPL) akan digantung sehingga 4 Apr.

Ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) pada Jumaat (13 Mac).

Keputusan sebulat suara itu diumumkan selepas pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta dan pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi disahkan dijangkiti virus korona COVID-19.

Dalam pada itu, pemain handalan Juventus, Cristiano Ronaldo dilaporkan harus menjalani kuarantin di rumahnya di Madeira selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani didapati positif COVID-19.

Ronaldo juga dikatakan turut berkongsi bilik persalinan dengan pemain tersebut sebelum ini.

Awal dari itu, pemain pertahanan Daniele Rugani dilaporkan positif COVID-19 selepas terlibat dalam perlawanan antara Juventus dan Inter Milan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pemain daripada kedua-dua pasukan akan diletakkan dalam tempoh kuarantin sehingga disahkan negatif virus berkenaan.

Pihak penganjur juga memutuskan untuk meneruskan perlawanan Serie A Itali di stadium, tanpa penonton dalam usaha untuk mengawal penularan pandemik itu.

Turut melaksanakan langkah sama ialah pihak penganjur Bundesliga di Jerman.

Perlawanan EPL juga terkesan akibat COVID-19 selepas pertemuan antara Manchester City dan Arsenal pada Rabu ditunda.

Sumber : Agensi berita/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan