Skip to main content

Sukan

EPL diberi lampu hijau untuk peminat kembali ke stadium

Peminat sukan di England dibenarkan kembali ke stadium selepas ditutup selama berbulan-bulan akibat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
EPL diberi lampu hijau untuk peminat kembali ke stadium

Liga Perdana - Liverpool lawan Chelsea. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 24 Nov 2020 04:26PM Dikemas Kini : 24 Nov 2020 04:28PM

LONDON: Peminat sukan di England dibenarkan kembali ke stadium selepas ditutup selama berbulan-bulan akibat COVID-19, umum Perdana Menteri Britain Boris Johnson pada Isnin (23 Nov). 

Sementara itu, empat daripada perlawanan gergasi Liga Perdana di Liverpool dan Manchester masih perlu menunggu beberapa hari lagi, lapor agensi berita Xinhua.

Liverpool, Everton, Manchester United dan Manchester City perlu menunggu sehingga Khamis sama ada stadium di lokasi mereka boleh dibuka semula setelah sekatan pergerakan berakhir 2 Disember ini.

Hanya stadium di bandar atau di dua kawasan Tahap Satu dan Dua yang dibenarkan dibuka.

Di bawah rancangan kerajaan, untuk wilayah Tahap Satu hanya 4,000 penonton dibenarkan menyaksikan acara sukan seperti perlawanan Liga Perdana manakala 2 ,000 untuk Tahap Dua. Sementara itu, wilayah yang berada di bawah Tahap Tiga, stadium masih belum dibenarkan dibuka.

Di Liverpool, media tempatan semalam melaporkan: "Bandar Liverpool berharap ia akan diletakkan di bawah Tahap Dua setelah menyaksikan purata penurunan jangkitan. Bandar raya itu dipilih untuk skim ujian besar-besaran bertujuan mengurangkan penularan virus."

Perubahan ke Tahap Dua membolehkan perlawanan Anfield dan Goodison Park, Liverpool dan Everton, masing-masing berlangsung dengan kehadiran peminat. 

Manchester United dan Manchester City juga sedang menunggu keputusan. 

Greater Manchester diletakkan di Tahap Tiga pada 23 Oktober dan kekal di peringkat itu ketika sekatan pergerakan dikuatkuasakan pada 5 November.

"Jika Greater Manchester kekal di Tahap Tiga, Stadium Etihad, Old Trafford dan lokasi liga lain di seluruh wilayah itu masih perlu ditutup," kata akhbar itu.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita