Skip to main content

Sukan

England pakai jersi serba putih apabila jumpa Croatia

Pegawai yang menguruskan jersi skuad England, Pat Frost mengesahkan berita itu di Twitter dan mendedahkan penjaga gol, Jordan Pickford akan memakai jersi kuning.

Anggaran Waktu Membaca:
England pakai jersi serba putih apabila jumpa Croatia

Peminat England sambut kemenangan pasukan negara. (Gambar: Sergio Perez/ REUTERS)

Diterbitkan : 09 Jul 2018 09:21AM Dikemas Kini : 09 Jul 2018 09:25AM

LONDON: England akan tampil dengan jersi serba putih buat kali pertama di Piala Dunia apabila pasukannya menentang Croatia pada aksi separuh akhir, awal pagi Khamis ini (12 Jul).

Pasukan Three Lions mengenakan jersi merah dalam tiga daripada lima perlawanan mereka setakat ini iaitu ketika berdepan dengan Tunisia, Colombia dan Sweden.

Walaupun anak buah Gareth Southgate pernah memakai jersi putih pada aksi menentang Panama dan Belgium, mereka mengenakan seluar biru dalam dua perlawanan itu.

Pegawai yang menguruskan jersi skuad England, Pat Frost mengesahkan berita itu di Twitter dan mendedahkan penjaga gol, Jordan Pickford akan memakai jersi kuning.

Frost menjelaskan: "Jersi separuh akhir disediakan hari ini.... putih putih putih di atas padang dan serba kuning bagi GK (penjaga gol)."

Sementara itu, Croatia sekali lagi terpaksa menggunakan jersi kedua mereka.

Ia susulan jersi utama mereka, putih-merah menyamai warna kedua-dua jersi pertama dan kedua England.

Croatia sudah mengenakan jersi kedua, hitam-biru dalam empat perlawanan terakhir mereka, selepas membuka tirai kejohanan dengan jersi utama.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita