Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

England juara Kejohanan Bola Sepak Wanita Eropah selepas benam Jerman 2-1

Anggaran Waktu Membaca:
England juara Kejohanan Bola Sepak Wanita Eropah selepas benam Jerman 2-1

(Gambar: Franck Fife/AFP)

Diterbitkan : 01 Aug 2022 12:55PM Dikemas Kini : 01 Aug 2022 12:55PM
LONDON: Jaringan masa tambahan oleh penyerang England, Chloe Kelly memberikan kemenangan 2-1 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Wanita Eropah semasa menentang Jerman di Stadium Wembley pada Ahad (31 Jul).

Kemenangan itu juga merupakan kejayaan pertama England dalam sesebuah kejohanan utama dan pencapaian tersebut amat manis bagi England terutama sekali memandangkan detik bersejarah itu terakam di hadapan para penyokongnya.

Jaringan Kelly itu sekali gus menebus maruah pasukan tuan rumah yang tumpas di tangan Jerman dalam perlawanan akhir kejohanan yang sama di Helsinki pada 2009.

Jurulatih England, Sarina Wiegman, turut menjadi pengurus pertama England untuk menjuarai kejohanan berkenaan - baik bagi pasukan lelaki mahupun wanita - dengan dua negara yang berbeza setelah memenangi pertandingan tersebut bersama negara asalnya Belanda pada 2017.

Wiegman dilantik sebagai pengurus dan jurulatih pasukan England pada September tahun lalu dan pasukan anak didiknya tidak pernah kalah sejak beliau dilantik untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

England membuka tirai jaringan pada minit ke-62 melalui Ella Toone, dengan kemenangan pasukan tuan rumah disaksikan oleh 87,192 penonton, yang merupakan satu paras rekod bagi sesebuah kejohanan UEFA, baik bagi kategori pasukan lelaki mahupun pasukan wanita.

Pemain gantian, Lina Magull, menyamakan kedudukan bagi Jerman selepas England mendahului permainan melalui jaringan Toone.

England, bagaimanapun, berjaya mencipta sejarah baru selepas Kelly menjaringkan gol kemenangan pasukan tersebut dalam masa tambahan pada minit ke-110.
Sumber : Reuters/AW/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa