Emily Kristine Pedersen juara Kejohanan Golf Antarabangsa Wanita Saudi Aramco
"Birdie" yang diraih pemain golf Denmark Emily Kristine Pedersen, membolehkannya memenangi Kejohanan Antarabangsa Wanita Saudi Aramco yang sulung.

Emily Kristine Pedersen. (Gambar: AFP)
ARAB SAUDI: "Birdie" yang diraih pemain golf Denmark Emily Kristine Pedersen, membolehkannya memenangi Kejohanan Antarabangsa Wanita Saudi Aramco yang sulung.
Ini juga merupakan kemenangan kedua Pederson musim ini.
Pederson sebelum ini mengekori pemain England Georgia Hall sebanyak tiga pukulan tetapi berjaya menyamakan kedudukan dengan pukulan "birdie".
Kesilapan Hall memukul bola ke kolam, membolehkan Pedersen berada di hadapan dengan satu lagi "birdie".
Kejohanan golf antarabangsa wanita itu adalah yang pertama diadakan di Arab Saudi, di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang.
Ini akan diikuti dengan satu Kejohanan Golf Wanita Berpasukan Antarabangsa di padang yang sama, mulai esok (17 Nov) hingga 19 hari bulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.