Skip to main content

Sukan

Emiliano Sala: Presiden Argentina sokong misi pencarian baru

Presiden Argentina menggesa agar misi mencari pemain Cardiff City, Emiliano Sala diteruskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Emiliano Sala: Presiden Argentina sokong misi pencarian baru

Pemain terbaru kelab Liga Perdana, Cardiff City, Emiliano Sala. (Gambar: Loic Venance/AFP)

Diterbitkan : 26 Jan 2019 09:34PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 09:38PM

ARGENTINA: Presiden Argentina menggesa agar misi mencari pemain Cardiff City, Emiliano Sala diteruskan.

Encik Mauricio Macri memberitahu menteri luar negaranya untuk menyampaikan permintaan rasmi kepada Britain dan Perancis, menurut satu kenyataan dari pejabatnya.

Usaha mencari pemain bola sepak warga Argentina yang berusia 28 tahun itu dan juruterbangnya Encik David Ibbotson, 59 tahun, dibatalkan pada Khamis.

Pesawat itu yang sedang dalam perjalanan ke Cardiff, dilaporkan hilang daripada radar di Selat Inggeris pada Isnin malam.

Dalam satu kenyataan, pejabat presiden menyatakan: "Presiden Mauricio Macri mengarahkan menteri luar Jorge Faurie untuk menghantar permintaan rasmi kepada pemerintah Britain dan Perancis supaya meneruskan usaha mencari itu."

Encik Faurie dijangka membuat permohonan tersebut dengan kedua-dua kedutaan negara itu.

Saudara perempuan Sala, Cik Romina berkata: "Kami yakin Emiliano dan juruterbang itu masih hidup dan berada di kawasan Selat Inggeris itu."

Bercakap menerusi seorang jurubahasa, Cik Sala menambah: "Saya masih tidak boleh percaya. Kami tahu Emiliano dan juruterbang itu masih lagi hidup. Kami ingin pergi mencari mereka.

"Kami memohon agar mereka tidak menghentikan usaha mencari itu. Kami akan mencari jalan untuk memulakan semula misi pencarian itu."

Jabatan Siasatan Nahas Udara sudah memulakan siasatan untuk meneliti "semua aspek operasi," termasuk pelesenan dan pelan penerbangan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita