Egan Bernal bakal pemenang termuda lumba basikal Tour de France
Egan Bernal bakal menjadi warga Colombia pertama untuk menjuarai kejohanan lumba basikal Tour de France selepas beliau kekal di tangga teratas secara keseluruhannya.
Egan Bernal. (Gambar: AFP)
PERANCIS: Egan Bernal bakal menjadi warga Colombia pertama untuk menjuarai kejohanan lumba basikal Tour de France selepas beliau kekal di tangga teratas secara keseluruhannya.
Peringkat terakhir kejohanan itu akan menutup tirainya hari ini.
Peserta Itali, Vincenzo Nibali memberi persaingan sengit selepas berjaya mendapat kemenangan di peringkat ke-20 kejohanan ini.
Namun, keputusan itu tidak berjaya merampas kejuaraan milik Team INEOS.
Egan Bernal, 22 tahun, bakal menjadi pemenang termuda kejohanan ini dalam tempoh 110 tahun bersama rakan sepasukan Geraint Thomas yang menduduki tempat kedua.
Mereka menamatkan peringkat ke-20 Tour de France secara bersama-sama.
Bernal kini hanya perlu sampai ke garisan penamat peringkat terakhir perlumbaan itu untuk muncul juara keseluruhan tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.