Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

E-sukan permainan global, kepentingannya 'sangat tinggi': CEO ONE Esports

Dota 2 menjadi salah satu daripada permainan e-sukan terbesar di dunia dengan hadiah wang tunai mencecah jumlah jutaan dolar. 

Anggaran Waktu Membaca:
E-sukan permainan global, kepentingannya 'sangat tinggi': CEO ONE Esports

Paparan skrin menunjukkan imej langsung e-sukan Dota 2 semasa Kejohanan Dota 2 Antarabangsa di Shanghai apda 25 Ogos 2019. (Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 18 Dec 2019 10:24AM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 10:25AM

SINGAPURA: Dota 2 menjadi salah satu daripada permainan e-sukan terbesar di dunia dengan hadiah wang tunai mencecah jumlah jutaan dolar.

Pada Ogos, pasukan-pasukan terhandal dunia bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai lebih AS$34 juta (S$46 juta) di The International (TI), acara utama bagi Dota 2 Pro Circuit. Jumlah itu adalah hadiah wang tunai paling besar yang ditawarkan di mana-mana pertandingan e-sukan.

Bagi memanfaatkan jenis hiburan yang kian berkembang itu, sebuah firma Singapura sedang membawa e-sukan profesional ke Asia Tenggara.

ONE Esport, cabang permainan online bagi penganjur kejohanan seni pertahankan diri campuran ONE Championship, akan menganjurkan pertandingan Dota 2 World Pro Invitational minggu ini.

Firma itu berharap untuk memenuhi kesemua 8,000 tempat duduk di Stadium Tertutup Singapura, kata Ketua Pegawai Eksekutif ONE Esports Carlos Alimurung dalam satu wawancara eksklusif bersama Mediacorp.

Ia juga mempunyai strategi yang menyasarkan pembangunan arena permainan di Singapura termasuk melancarkan sebuah laman portal yang tertumpu hanya kepada permainan.

BINA RANGKAIAN PERMAINAN DI S'PURA DAN RANTAU INI

Syarikat tersebut menyatakan kajian menunjukkan bahawa 60 peratus peminat mereka yang menyaksikan secara langsung kejohanan perlawanan oleh ONE Championship juga mengambil bahagian dalam e-sukan.

Maka itu, ia memutuskan untuk menubuhkan sebuah cabang e-sukan tahun ini.

Untuk berhubungan dengan para peminat e-sukan, yang tidak mudah dijangkaui menerusi saluran media tradisional, ONE Esport merancang mengeluarkan kandungan bagi menarik peminat e-sukan supaya terlibat dengan jenama tersebut.

Syarikat itu melancarkan satu portal online April lalu, dipanggil OneEsports.gg, yang memaparkan cerita-cerita tentang pemain profesional, pemain kostum, perniagaan e-sukan dan lain-lain dalam arena permainan.

Ia adalah sebuah projek besar dan syarikat itu menghimpunkan separuh daripada pasukannya untuk memberi tumpuan kepada membangunkan protal online tersebut  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan