Skip to main content

Sukan

Dubai akan anjur Anugerah Terbaik FIFA tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
Dubai akan anjur Anugerah Terbaik FIFA tahun depan
Undian Piala Dunia FIFA 2026 di Pusat Seni Persembahan John F. Kennedy, Washington, D.C., Amerika Syarikat pada 5 Disember.
WASHINGTON: Presiden FIFA Gianni Infantino berkata pada Isnin (28 Dis) bahawa Dubai akan menjadi tuan rumah majlis penyampaian Anugerah Terbaik badan pentadbir bola sepak global itu tahun depan.

Anugerah Terbaik FIFA memberi penghormatan kepada pemain lelaki dan wanita terbaik, serta jurulatih dan pasukan terbaik, seperti yang diundi oleh peminat, wakil media, kapten dan jurulatih pasukan kebangsaan.

"Saya boleh umumkan di sini satu perkongsian baharu yang kami tandatangani untuk memberi penghormatan kepada para pemain, jurulatih dan pasukan terbaik, di sini di Dubai," kata Infantino semasa Sidang Puncak Sukan Dunia di bandar itu pada Isnin.

"Kami menggemari sukan ini, dan lebih daripada itu, kami menghargai keupayaannya untuk menyatukan masyarakat di seluruh dunia."

Edisi 2025 di Doha menyaksikan penyerang Perancis, Ousmane Dembele, dinamakan sebagai pemain lelaki terbaik tahun ini manakala pemain tengah Sepanyol, Aitana Bonmati, memenangi anugerah wanita terbaik.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita