Dua pesilat SG raih anugerah Atlit Terbaik, mulakan latihan untuk Kejohanan Dunia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Danish Aiman)
SINGAPURA: Anugerah 'Atlit Terbaik' yang berjaya dijulang pesilat negara Sheik Ferdous Sheik Alau'ddin dianggap sebagai satu bonus bermakna bagi dirinya.
Pesilat berusia 27 tahun itu terpilih daripada para atlit dari 11 negara yang menyertai Kejohanan Pencak Silat Asia yang ketujuh yang berlangsung di Dubai baru-baru ini.

"Secara peribadi, saya sangat berbesar hati untuk menang anugerah ini tapi memang fokus dia adalah untuk menang pingat emas. Yang anugerah itu kirakan bonus yang saya dapat. Jadi saya cuma gembira dapat menang anugerah ini dan saya senang hati dengan prestasi dalam bagi pertandingan ini," kata Sheik Ferdous.
Beliau menyumbang pingat emas dalam kategori Lelaki Kelas 1 (85 - 90 kg).
"Saya berlatih setiap hari. Memang dalam setiap pertandingan yang saya sertai, saya selalu sasarkan dapat emas jadi memang persiapannya baik untuk pertandingan ini dan ia dicerminkan melalui prestasi saya," kongsi Sheik Ferdous.
Ini meskipun beliau berdepan dengan beberapa cabaran termasuk pemergian jurulatih kebangsaan Mochammad Ichsan Nur Romadhon yang meninggal dunia dalam kemalangan di Bali pada Mei 2022.
Pada Mei 2023 pula, Sheikh Ferdous dikenakan denda $8,000 dan larangan memandu selama 48 bulan oleh mahkamah atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.
"Setiap atlit menghadapi pelbagai jenis cabaran sepanjang perjalanan sukan mereka, termasuk saya sendiri. Ia sentiasa memuaskan untuk dapat mengharungi cabaran-cabaran ini dan muncul lebih kuat untuk mencapai matlamat saya," jelas Sheikh Ferdous.
"Tumpuan saya bagi setiap pertandingan tidak pernah goyah. Saya mengambil serius profesionalisme. Ia adalah tugas saya sebagai atlit untuk berlatih dengan gigih dan membuat yang terbaik. Tidak kira apa yang berlaku dalam kehidupan peribadi saya, saya tidak membawa ke tempat latihan atau arena," tambah beliau.
Secara keseluruhan, Singapura merupakan Juara keseluruhan dengan meraih 11 pingat emas, 5 perak dan 5 gangsa.
Singapura mendahului Vietnam (kedua), Malaysia (ketiga) dan Indonesia (keempat).

Sheik Ferdous merupakan antara 94 atlit dan pegawai rasmi yang pulang ke tanah air dari Dubai hari ini (15 Nov).
Kepulangan para pendekar dan srikandi negara itu disambut meriah dengan sorakan anggota keluarga dan peminat di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pagi tadi.
Ini termasuk para atlit yang menyertai Kejohanan Pencak Silat Terbuka Timur Tengah yang juga diadakan di Dubai.
Prestasi pasukan Singapura dalam kejohanan tersebut juga cemerlang dengan sejumlah 41 pingat diraih.
Ini sekaligus menjadikan Singapura juara keseluruhan bagi kejohanan itu yang diadakan buat julung-julung kalinya.
IMBANGI MASA BERLATIH DAN PELAJARAN
Antara yang menyumbang pingat emas ialah Aura Aydria dalam kategori junior (bawah 39kg).
Pesilat berusia 11 tahun ini juga terpilih menjadi Atlit Terbaik bagi kejohanan itu.

"Memenangi anugerah ini dan emas mendorong saya untuk bekerja lebih keras lagi untuk latihan dan pertandingan seterusnya. Ia amat sukar untuk menang kerana (harus mengimbangi) seperti latihan dan pelajaran jadi saya perlu menguruskan kedua-duanya," kongsi Aydria kepada BERITA Mediacorp.
Ini juga merupakan penyertaan pertama Aydria dalam pertandingan antarabangsa.
Untuk pertandingan ini, dia berlatih tiga kali seminggu.
Selain mengimbangi pelajaran dan latihan silatnya, pelajar Sekolah Rendah Cedar ini juga menghadapi beberapa cabaran di gelanggang.
"Pesaing saya lebih tinggi daripada saya dan sangat saiznya lagi besar dan saya berasa gementar sebelum saya memulakan perlawanan saya kerana saya tidak pernah melihat pesaing yang lebih besar dan lebih tinggi daripada saya,"
"Sebelum saya melangkah ke gelanggang, saya akan memanaskan badan dan regangan juga dan mendengar apa yang dikatakan oleh jurulatih saya sebelum saya menggunakan teknik di gelanggang dan saya berterima kasih kepada jurulatih saya juga kerana mengajar saya semua ini," kata Aydria.
LATIHAN UNTUK KEJOHANAN DUNIA PULA
Selepas kejohanan di Dubai itu, para pesilat negara kini perlu memberi tumpuan kepada kejohanan dunia pula.
"Untuk pasukan senior, akhir bulan Disember kita ada Kejohanan Dunia. Jadi sekarang kita mengalihkan tumpuan kepada pertandingan Kejohanan dunia. Mungkin menjelang minggu depan atau pun esok sudah bermula berlatih untuk Kejohanan Dunia ini," kata Sheik Ferdous.
Dalam kejohanan itu, lebih banyak pesilat negara akan ditampilkan setelah prestasi cemerlang mereka di Dubai.
"Harapan kami adalah untuk mengetengahkan lagi bakat-bakat Singapura kerana pada pertandingan yang baru lepas ini, kami lihat kami berpotensi untuk menambahkan lagi jumlah pingat untuk pasukan Singapura," jelas jurulatih pasukan silat negara, Mohd Noor Rafili.
Kejohanan Dunia akan berlangsung pada Disember di Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.