Dua pelumba F1 Ferrari diberi penalti di Brazil
Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, masing-masing dikenakan penalti turun 10 petak di grid permulaan perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix (GP) Brazil. (Gambar: AFP)
- Ahead of the Brazilian Grand Prix in Sao Paulo, Lewis Hamilton and Charles Leclerc of Ferrari were handed 10-place grid penalties after changing their engines for the first time this season, according to an FIA decision.
- On Thursday, they discussed with team principal Fred Vasseur Leclerc’s move to overtake Hamilton at the Mexican Grand Prix; Vasseur and Leclerc said the dispute had been resolved.
- Max Verstappen, who has won three of the last four races and is now second overall, will also start from the back because of new engine components, while rain could affect qualifying and the race.
- Kimi Antonelli has clinched the world title, Ferrari are still chasing the constructors’ championship against Mercedes, and F1 has extended the Sao Paulo Grand Prix contract by five years to 2035.
- Menjelang GP Brazil di Sao Paulo, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc daripada Ferrari dikenakan penalti turun 10 petak selepas menukar enjin buat kali pertama musim ini, menurut keputusan FIA.
- Pada Khamis, mereka berbincang dengan ketua pasukan Fred Vasseur mengenai tindakan Leclerc memintas Hamilton di GP Mexico; Vasseur dan Leclerc berkata pertikaian itu telah diselesaikan.
- Max Verstappen, yang menang tiga daripada empat perlumbaan terakhir dan kini di tangga kedua keseluruhan, turut bermula dari belakang kerana komponen enjin baharu, sementara hujan berpotensi menjejaskan sesi kelayakan serta perlumbaan.
- Kimi Antonelli telah mengesahkan kejuaraan dunia, Ferrari masih memburu kejuaraan pengeluar menentang Mercedes, dan F1 melanjutkan kontrak GP Sao Paulo lima tahun sehingga 2035.
SAO PAULO: Dua pelumba Ferrari, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc, masing-masing dikenakan penalti turun 10 petak di grid permulaan perlumbaan Formula One (F1) Grand Prix (GP) Brazil, lapor PA Media/dpa.
Kedua-dua pelumba itu menukar enjin buat kali pertama musim ini, sekali gus menyebabkan mereka dikenakan penalti oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
Dalam perkembangan berasingan, kedua-dua pelumba Ferrari itu turut mengadakan perbincangan dengan ketua pasukan Fred Vasseur pada Khamis bagi menyelesaikan pertikaian susulan tindakan Leclerc memintas Hamilton pada pusingan pertama GP Mexico.
Hamilton mempersoalkan sikap Leclerc dan menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri di Ferrari ketika tiba di Brazil.
Bagaimanapun, Vasseur dan Leclerc berkata isu berkenaan telah diselesaikan selepas perbincangan itu.
Pertikaian antara kedua-dua pelumba di litar itu membuka peluang kepada Max Verstappen untuk memenangi perlumbaan hujung minggu lalu.
Pelumba Belanda itu kini melonjak ke tangga kedua kedudukan keseluruhan selepas memenangi tiga daripada empat perlumbaan terakhir, tetapi akan memulakan perlumbaan Ahad dari petak paling belakang susulan penggunaan beberapa komponen enjin baharu.
Situasi itu bukan sesuatu yang asing bagi Verstappen kerana beliau turut memulakan perlumbaan dari bahagian belakang grid di litar berkenaan, dua tahun sebelumnya.
Pada 2024, beliau mencipta kemenangan luar biasa apabila berjaya mengatasi pelumba lain untuk muncul juara selepas bermula di petak ke-17 dalam keadaan litar basah.
Hujan turun ketika sesi latihan terakhir bermula pada Sabtu, manakala hujan diramalkan berterusan sepanjang hujung minggu, sekali gus meningkatkan kemungkinan sesi kelayakan dan perlumbaan berlangsung dalam keadaan litar basah.
Pelumba Mercedes, Kimi Antonelli, sudah pun mengesahkan kejuaraan dunia, tetapi Ferrari masih berpeluang merebut kejuaraan pengeluar walaupun ketinggalan di belakang pasukan Mercedes yang dikenali sebagai Silver Arrows.
Sementara itu, Formula One mengumumkan lanjutan kontrak selama lima tahun bagi GP Sao Paulo menjelang sesi kelayakan, sekali gus mengesahkan perlumbaan itu kekal dalam kalendar F1 sehingga 2035.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.