Skip to main content

Sukan

DPM Tharman puji sistem bola sepak Perancis

Encik Tharman berkata: "Ada yang mengatakan ia berkaitan dengan kawasan-kawasan kejiranan miskin di mana ada sedikit cara untuk para belia berseronok ataupun menunjukkan bakat mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Tharman puji sistem bola sepak Perancis

Pasukan bola sepak Perancis raikan kemenangan Piala Dunia. (Gamabr: Franck Fife/AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2018 02:50PM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 03:00PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam mengucapkan tahniah kepada Perancis atas kemenangannya dalam Piala Dunia, dan memuji sistem bola sepak negara itu yang mana "setiap belia diberikan galakan dan sokongan untuk membangunkan kekuatannya".

Sambil menarik perhatian bahawa kebanyakan anggota pasukan Perancis dibesarkan di "kawasan-kawasan kejiranan yang miskin yang sebahagian besar penduduknya pendatang", Encik Tharman dalam catatannya di Facebook berkata bahawa kemenangan mereka menunjukkan apa yang mungkin, bila anak-anak muda digalakkan untuk mengasah bakat-bakat mereka.

"Kemenangan Piala Dunia dan perpaduan yang dilihat dalam sambutan di Perancis, tidak cukup untuk mengatasi kekurangan peluang dan prasangka yang lama wujud terhadap mereka yang datang daripada kawasan kejiranan miskin," kata Encik Tharman.

"Namun ia menunjukkan apa yang boleh berlaku apabila kita belajar dari sistem bola sepak Perancis dan setiap belia digalakkan dan disokong untuk membina kekuatan masing-masing."

Beliau memberikan contoh pemain bola sepak Kylian Mbappe, 19 tahun, yang menjadi remaja pertama menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia sejak legenda bola sepak Brazil, Pele, dalam perlawanan semalam (15 Jul), dan Paul Pogba yang "ramai berasa adalah pemain terunggul perlawanan itu".

Encik Tharman berkata: "Ada yang mengatakan ia berkaitan dengan kawasan-kawasan kejiranan miskin di mana ada sedikit cara untuk para belia berseronok ataupun menunjukkan bakat mereka.

"Seperti dikatakan Pogba, "hanya ada bola sepak". Ia juga berkaitan dengan sistem Perancis yang menyediakan para jurulatih yang layak di kawasan-kawasan kejiranan sedemikian, yang mengenal pasti bakat muda, dan menghantar pemain-pemain yang terbaik ke akademi pusat Perancis."

Perancis memenangi Piala Dunia buat kali kedua semalam (15 Jul) setelah menewaskan Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir yang penuh aksi.

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita