Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Doktor Ukraine ambil alih akaun Instagram David Beckham; papar suasana sebenar pusat bersalin

Bintang bola sepak David Beckham pada Ahad (20 Mac) mengumumkan beliau menyerahkan akaun Instagramnya kepada seorang doktor warga Ukraine, Iryna, selama sehari.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor Ukraine ambil alih akaun Instagram David Beckham; papar suasana sebenar pusat bersalin

Bintang bola sepak, David Beckham. (Gambar: ANDREJ ISAKOVIC / AFP)

SINGAPURA: Bintang bola sepak David Beckham pada Ahad (20 Mac) mengumumkan beliau menyerahkan akaun Instagramnya kepada seorang doktor warga Ukraine, Iryna, selama sehari.

Tujuannya, untuk memaparkan kepada umum "tugas menakjubkan" yang dilakukan oleh para doktor serta kakitangan jagaan kesihatan di Ukraine demi menyelamatkan nyawa di tengah-tengah pencerobohan Rusia.

Dr Iryna mula berkongsi kisah-kisah dan gambar-gambar ngeri yang dihadapinya ketika berkhidmat untuk kaum wanita hamil, para ibu baru serta bayi-bayi di Pusat Bersalin Kharkiv.

Sepanjang beberapa catatan yang dimuat naik melalui 'Instagram story', beliau menunjukkan keadaan sesak lagi sempit di besmen pusat tersebut di mana semua wanita hamil dan ibu baru bersalin dipindahkan pada hari pertama krisis berlaku.

Warganet juga dapat melihat para doktor merawat bayi bahu lahir di unit jagaan rapi (ICU) serta mengetahui kisah lebih peribadi seperti ibu bernama Yana dan anak lelakinya, Mykhailo, yang dilahirkan pada hari kedua perang tercetus, dengan masalah pernafasan.

"Hari-hari pertama adalah yang paling sukar," luah Dr Iryna.

"Kami perlu belajar bagaimana untuk bekerja dalam keadaan pengeboman dan serangan yang berlaku. Ia adalah tiga jam paling dahsyat yang diluangkan bersama-sama. Malangnya, kami tidak boleh membawa bayi-bayi yang berada di unit jagaan rapi (ICU) ke besmen kerana mereka bergantung kepada peralatan khas untuk menyelamatkan nyawa."

"Kami mungkin membahayakan nyawa kami tetapi kami langsung tidak memikirkannya. Kami cintakan pekerjaan kami... Doktor dan jururawat di sini, kami bimbang, kami menangis tetapi tiada seorang pun daripada kami akan berputus asa," tambahnya.

Dalam kapsyen yang disertakan pada catatan yang mengumumkan akaun Instagramnya akan diambil alih oleh doktor itu buat sementara waktu, Beckham, 46 tahun, menulis: "Hari ini saya akan menyerahkan wadah-wadah sosial saya kepada Iryna, Ketua Pusat Bersalin Kharkive, Ukraine, di mana beliau membantu ibu-ibu bersalin."

Duta UNICEF sedari 2005 itu malah menyeru semua 71.5 juta pengikutnya supaya menghulurkan bantuan mengikut daya upaya mereka bagi menyokong usaha di Ukraine.

"Berkat sumbangan derma anda, penjana oksigen yang telahpun diterima mereka sedang membantu bayi-bayi baru lahir ini untuk hidup dalam keadaan mengerikan," ungkap Beckham.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan