Djokovic tidak beraksi di Terbuka AS disebabkan status vaksinasi COVID-19
(Gambar: Pedja Milosavljevic/AFP)
ANKARA: Novak Djokovic pada Khamis (25 Ogos) berkata beliau tidak dapat mengambil bahagian dalam Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada Isnin (29 Ogos), lapor Agensi Anadolu.
"Malangnya, saya tidak dapat pergi ke New York untuk Terbuka AS kali ini," luah atlit berusia 35 tahun itu di Twitter.
Tambahnya: "Selamat maju jaya kepada semua pemain lain! Saya akan kekal sihat dan bersemangat positif sambil menantikan peluang untuk bersaing lagi. Jumpa anda lagi dunia tenis!"
Pemain tenis dari Serbia itu terus enggan divaksin untuk pencegahan COVID-19, dan warga asing yang ingin memasuki AS dikehendaki sudah lengkap divaksin COVID-19.
Djokovic, yang meraih 21 gelaran Grand Slam, juga merupakan johan Terbuka AS 2018 dalam acara persendirian lelaki. Beliau juga tidak beraksi di Terbuka Australia tahun ini disebabkan status vaksinasinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.