Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Djokovic dibenarkan beraksi dalam pusingan pertama Kejohanan Terbuka Australia

Jaguh tenis dunia Novak Djokovic dibenarkan untuk bermain dalam pusingan pertama Kejohanan Terbuka Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Djokovic dibenarkan beraksi dalam pusingan pertama Kejohanan Terbuka Australia

Novak Djokovic (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2022 06:41PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 06:41PM

MELBOURNE: Jaguh tenis dunia Novak Djokovic dibenarkan untuk bermain dalam pusingan pertama Kejohanan Terbuka Australia.

Namun, pihak berkuasa boleh membuat keputusan sama ada untuk membatalkan visa perjalanannya dan menghantar pulang bintang tenis dari Serbia itu.

Novak Djokovic sedang bersiap sedia untuk kejohanan itu, yang bakal bermula pada Isnin (17 Jan).

Ia belum jelas sama ada pemain nombor satu dunia itu akan dihantar semula ke tahanan imigresen jika beliau tiada lagi visa. Namun, ia mungkin akan berlaku, melainkan Djokovic memutuskan untuk pulang ke negara asalnya selepas pembatalan visanya.

Para peguam Djokovic bagaimanapun dijangka memfailkan injunksi mahkamah untuk menghalang keputusan itu.

Djokovic tidak dibenarkan memasuki Australia minggu lalu kerana belum divaksin. Beliau akhirnya mendapat kebenaran selepas memenangi rayuan mahkamah di Melbourne.

Djokovic belum menerima suntikan vaksin kerana diuji positif COVID-19 pada 16 Disember lalu.

Pemain tenis itu bagaimanapun mengakui terdapat kesilapan dalam borang perisytiharan perjalanan di Australia.

Djokovic juga mengakui beliau melanggar peraturan pengasingan Serbia selepas disahkan positif COVID-19.

Pihak berkuasa Australia sedang menyiasat kedua-dua insiden tersebut.

Sumber : Reuters/HK/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa