Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Djokovic cipta rekod baru; kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia lebih lama berbanding Federer

Novak Djokovic mencipta sejarah apabila beliau berjaya bertahan seminggu lebih lama di persada pemain tenis lelaki dunia berbanding pemegang rekod lalu, Roger Federer, sebagai pemain nombor satu dunia paling lama menduduki tangga tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Djokovic cipta rekod baru; kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia lebih lama berbanding Federer

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Mar 2021 02:19PM Dikemas Kini : 09 Mar 2021 02:22PM

PARIS: Novak Djokovic mencipta sejarah apabila beliau berjaya bertahan seminggu lebih lama di persada pemain tenis lelaki dunia berbanding pemegang rekod lalu, Roger Federer, sebagai pemain nombor satu dunia paling lama menduduki tangga tersebut.

Selepas memecahkan rekod Federer, beliau kini menetapkan 20 kejuaraan Grand Slam sebagai sasaran barunya untuk menyaingi kehebatan pemain Switzerland itu.

"Hari yang sangat bersejarah," kata bintang tenis itu di Twitter.

Djokovic, 33 tahun, memenangi Grand Slamnya yang ke-18 setelah menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Australia pada bulan lalu.

Dengan Federer bakal mencecah usia 40 tahun pada Ogos, masa memihak kepada pemain Serbia itu kerana beliau setahun lebih mudah berbanding Rafael Nadal yang juga sudah menjuarai 20 Grand Slam.

"Ia adalah sesuatu yang akan membanggakan saya jika saya berupaya menyaingi kehebatan para pemain legenda dalam sukan ini," kata Djokovic dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh ATP yang menerbitkan ranking pemain tenis sejak 23 Ogos 1973.

"Saya teruja dengan pencapaian ini kerana ia memang menjadi cita-cita saya sejak kecil lagi dan saya amat berbesar hati dapat melakukan sesuatu yang benar-benar saya cintai."

Djokovic merampas tempat pertama dari Nadal pada Februari 2020 dan menamatkan musim lalu sebagai pemain nombor satu dunia buat kali keenam, sekali gus menyaingi rekod pemain legenda Amerika Syarikat, Pete Sampras.

Pengerusi ATP, Andrea Gaudenzi berkata: "Pencapaian Novak dalam sukan tenis sangat luar biasa. Bagi saya, rekod terkini Novak mungkin adalah yang paling menakjubkan."

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan