Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Disindir 'borong pemain', Tunku Ismail balas 'esok saya masih TMJ'

Selepas kekalahan juara bertahan serta pasukan pilihan Johor Darul Ta'zim (JDT) di tangan KL City FC pada Selasa malam (30 Nov), ramai warga maya yang nakal mengambil kesempatan untuk menyindir pasukan terkenal dan kaya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Disindir 'borong pemain', Tunku Ismail balas 'esok saya masih TMJ'

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar fail: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 01 Dec 2021 10:27PM Dikemas Kini : 01 Dec 2021 10:29PM

KUALA LUMPUR: Selepas kekalahan juara bertahan serta pasukan pilihan Johor Darul Ta'zim (JDT) di tangan KL City FC pada Selasa malam (30 Nov), ramai warga maya yang nakal mengambil kesempatan untuk menyindir pasukan terkenal dan kaya itu.

Bagaimanapun lapor Malaysiakini, seorang daripada mereka menarik perhatian pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Individu itu adalah pengguna Twitter yang menggunakan nama 'Khairi hear the people sing'.

Lelaki itu memuat naik deraian ketawa panjang yang diselit-selitkan dengan beberapa perkataan disembunyikan iaitu "stadium sendiri", "borong player", "goyang pemdrive", "50 langkah" dan “lauk lauk lauk”, sebagai menyindir JDT.

Terkesan dengan tindakan itu, Tunku Ismail membalas catatan tersebut di bebenang sama (thread) dengan menceritakan betapa hidup beliau diberkati.

Tunku Ismail, lebih dikenali sebagai TMJ, juga menegaskan JDT sudah memenangi 18 piala dalam tempoh lapan tahun lalu.

“Haha… Encik, esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor. Still $ (Masih $). 18 piala dalam 8 tahun. Allah kurniakan saya dengan empat anak yang baik dan seorang isteri yang hebat.

“Kamu boleh gelak hari ini/sementara tetapi saya akan gelak pada masa akan datang. Blessed/diberkati. Palms up together (tadah tangan bersama-sama), (bersyukur),” tulis TMJ seperti dinukil Malaysiakini.

KL City menjulang Piala Malaysia tahun ini selepas menundukkan JDT 2-0 dalam perlawanan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Selasa malam.

Kejayaan skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali gus menamatkan kemarau panjang skuad ibu kota yang terpaksa menunggu selama 32 tahun untuk menjuarai piala tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor - yang sebelum ini terlibat dalam insiden sindir-menyindir dengan TMJ, juga berkaitan bola sepak tanah air, dilihat turut mengulas perlawanan tersebut.

“Siapa ada gambar rimau jalan tersipu-sipu?” sindirnya di media sosial.

Menteri Besar itu juga mengucapkan tahniah kepada KL City.

“...saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira,” ungkapnya.

Pertikaian mereka sebelum ini bermula selepas Tunku Ismail menyifatkan Menteri Besar itu sebagai “kepala pistol” dan bertanya bila tunggakan gaji pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akan dibayar.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan