Di Maria mahu bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia

Gambar: AFP
BUENOS AIRES: Pemain Argentina, Angel Di Maria akan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia tahun ini di Qatar, kata bekas penyerang Paris Saint Germain dan Manchester United itu pada Isnin (30 Mei).
Di Maria, 34 tahun sudah bermain untuk pasukan kebangsaan, Paris Saint Germain (PSG) sebanyak 121 kali dan menjaringkan 24 gol.
Beliau menjaringkan gol kemenangan pada Julai tahun lalu ketika pasukan Argentina menewaskan Brazil 1-0 dan memenangi perlawanan akhir Copa America dan menjulang gelaran utama pertama pasukan itu dalam masa 28 tahun.
Di Maria akan meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) pada musim panas ini dan beliau masih belum memutuskan pasukan apa beliau akan bermain untuk musim depan.
Beliau berkata meneruskan bermain bola sepak di peringkat antarabangsa "agak mementingkan diri sendiri selepas bertahun-tahun dan sudah mencapai apa yang saya mahu capai."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.