Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Di Maria jaring 2 gol, beri harapan kepada PSG selepas Neymar cedera

Angel Di Maria menjaringkan dua gol sedang pasukannya, Paris Saint-Germain (PSG) menumpaskan pesaing sengitnya, Marseille 3-0 semalam (28 Feb) untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Perancis.

Anggaran Waktu Membaca:
Di Maria jaring 2 gol, beri harapan kepada PSG selepas Neymar cedera

Edinson Cavani meraihkan golnya bersama rakan-rakan sepasukan. (Gambar: CHRISTOPHE SIMON/AFP)

Diterbitkan : 01 Mar 2018 08:14AM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 08:17AM

PARIS: Angel Di Maria menjaringkan dua gol sedang pasukannya, Paris Saint-Germain (PSG) menumpaskan pesaing sengitnya, Marseille 3-0 semalam (28 Feb) untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Perancis, beberapa jam selepas kelab tersebut mengesahkan bahawa Neymar akan menjalani pembedahan pada kakinya yang cedera.

Pemain Argentina itu menggantikan Neymar yang cedera dalam kesebelasan utama di Parc des Princes dan meraih gol pertama sejurus sebelum separuh masa pertama berakhir.

Di Maria kemudian menambah satu lagi gol beberapa saat selepas separuh masa kedua bermula sebelum rakan sepasukan, Edinson Cavani menjamin kemenangan 3-0 yang kedua ke atas Marseille dalam tempoh empat hari setelah pasukan lawan itu juga kecundang Ahad lalu (25 Feb) di tangan pasukan tuan rumah dalam perlawanan liga.

Sebelum perlawanan bermula, PSG mengumumkan bahawa Neymar, pemain paling mahal di dunia, akan berangkat ke Brazil untuk menjalani pembedahan hujung minggu ini selepas mengalami kecederaan pada kaki kanannya minggu lalu.

Ia selanjutnya menyatakan bahawa Rodrigo Lasmar, pakar bedah pasukan Brazil, akan menjalankan pembedahan itu dengan Neymar dijangka tidak dapat beraksi antara enam hingga lapan minggu, menurut bapanya.

“Kami mengambil keputusan itu bersama, kelab, pemain dan doktor pasukan Brazil,” kata presiden PSG Nasser Al Khelaifi.

“Ia keputusan yang sukar tetapi ia adalah satu-satunya pilihan yang kami ada. Kami berharap beliau dapat pulang bermain dengan segera. Saya tidak dapat menjangkakan bila beliau boleh kembali bermain, semuanya bergantung kepada pemulihannya.”

Ketiadaan pemain Brazil yang bernilai AS$264 juta (S$350 juta) itu merupakan sesuatu yang malang bagi PSG terutama sekali sedang ia beusaha mengubah nasib menentang Real Madrid Selasa depan (6 Feb) dalam Liga Juara-Juara Eropah. Ini selepas ia kalah 1-3 dalam perlawanan pertama.

Namun, Di Maria yang tidak beraksi dalam pertemuan dengan Real Madrid dua minggu lalu, membuktikan kepada pasukan pimpinan Unai Emery bahawa ia masih mempunyai harapan mencatat kemenangan ke atas pasukan berkenaan.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan